WELCOME

Isnin, 7 Februari 2011

Jika dalam negara ianya BIADAP..tapi jika diluar......!!!

‘Kenyataan berat sebelah’

ALOR SETAR - Tindakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mengecam Pas dan PKR kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina sebagai berat sebelah dan berbaur perkauman.

Naib Pengerusi PKR Kedah, V Arumugam berkata, sekiranya Keng Liang benar-benar meletakkan kepentingan menghormati perayaan sesuatu kaum sebagai asas penghujahan, beliau seharusnya memprotes tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di Galas pada 4 November lalu, sehari sebelum perayaan Deepavali yang disambut kaum India.

Arumugam berkata, Keng Liang tidak seharusnya melihat sesuatu perkara berdasarkan kepentingan parti dan kaum tertentu, sebaliknya perlu telus dan meneliti kepentingan semua pihak.

“Adakah disebabkan demonstrasi itu berlaku pada sambutan Tahun Baru Cina dan dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR), tindakan itu dianggap biadab? Sekiranya perkara sama berlaku pada hari perayaan lain dan dibuat Kerajaan Pusat, adakah Keng Liang akan mengecamnya atau hanya membisu?

“Saya minta Keng Liang lebih matang dan adil dalam mengeluarkan kenyataan kerana tindakan beliau akan mencerminkan Gerakan sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina dan bukan semua kaum,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Keng Liang mengecam Pas dan PKR kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina, perayaan utama di negara ini yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.

Atas sebab itu, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin Pas dan PKR serta ahlinya mengadakan demonstrasi sebelum ini bagi menyokong gerakan prodemokrasi di Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan