WELCOME


Selasa, 8 November 2016

Bila Presiden PAS Bergiat Dalam Politik?

Tokguru pernah ditanya Wartawan: Apakah sejak kecil Tuan Guru minat dalam bidang politik?

TGHH: Kebetulan saya lahir di rumah politik. Ayah saya aktif dalam politik sejak zaman penjajah. Rumah kami menjadi persinggahan orang-orang politik seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy, Dato Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman dan ramai lagi. Saya dan ayah saya bercakap politik sejak usia lima atau enam tahun lagi.

Terengganu adalah sebuah negeri yang menjadi pusat pengkalan tokoh-tokoh pejuang menentang penjajah seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya. Ia menjadi pusat yang melahirkan pejuang-pejuang awal menentang kolonialisme.Malah Sultan Zainal Abidin III, adalah seorang Sultan yang juga seorang ulama, yang menentang penjajah.

Sejak kecil lagi, saya selalu membaca buku dan majalah majalah koleksi ayah saya. Ketika itu saya telah membaca buku Ensiklopedia Politik karangan Muhammad Hanif. Buku itu tidak ada lagi di pasaran sekarang. Melalui buku itu, saya dapat tahu istilah politik, demokrasi, nasionalisme, diktator, dan pelbagai lagi istilah politik. Buku itu juga memuat tokoh-tokoh politik seperti Sukarno, Abdul Rahman Azzam,Tito, Hitler, dan sebagainya. Ia ditulis dalam tulisan jawi. Buku ini tidak ada lagi di pasaran sekarang.mungkin hanya ada dalam simpanan arkib. Muhamad hanif ini pernah jadi calon PAS di Kampung Baru.

Selain itu, saya sempat berkenalan dengan tokoh-tokoh seperti Dr. Burhanuddin, Dato Onn, yang pernah datang ke rumah. Ini memberikan pendedahan awal kepada saya dalam bidang politik.

Wartawan: Sewaktu belajar di Universiti, apakah Tuan Guru terlibat juga dalam kegiatan mahasiswa?

TGHH: Saya pernah menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Selain itu, ketika menuntut di Mesir saya pernah bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang aktif dalam Ikhwanul Muslimin ketika itu.Saya juga pernah menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir.

Wartawan: Setelah pulang ke tanahair, apakah Tuan Guru terus melibatkan diri dalam politik khususnya PAS?

TGHH: Sebelum ke Timur Tengah, saya mula aktif dalam PAS sebagai Setiausaha Ranting PAS kampung Rusila, Marang. Selepas pulang ke tanah air, saya dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977, saya dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989, saya terpilih menjadi Timbalan Presiden PAS dan setelah pemergian Dato' Fadzil Mohd Noor, saya diamanahkan menjadi Presiden PAS.

Selasa, 24 Januari 2012

"Rosmah...hang jangan tipu, aku ada bukti"

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Dah agak.. Rosmah mesti jawab macam ni

KUALA LUMPUR, 23 Jan: "Dah agak dah," itulah jawapan spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kanan) apabila Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) mendakwa beliau "menjadi mangsa".

Sabtu lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA hari ini, Malaysiakini memetik isteri Perdana Menteri itu berkata: "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

"Saya selalu menjadi mangsa," dakwa Rosmah ketika ditanya tentang laporan SMH tentang tabiat berbelanjanya.

Bagaikan mengundang simpati, Rosmah yang mengiringi suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis sambutan itu berkata, beliau berkali-kali menghadapi tuduhan sedemikian.

Ketika terus ditanya adakah laporan mengenai perbelanjaan sehingga RM325,000 itu benar, Rosmah berkata: "Saya tidak ada masa untuk melayan semua ini".

Mengulas lanjut penafian Rosmah, Mahfuz mengulangi gesaan agar Najib dan Rosmah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.

"Heret akhbar tersebut ke muka pengadilan di Australia dan kemukakan tuntutan hukuman dan ganti rugi paling maksimum ke atas SMH jika benar laporan itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," kata Ahli Parlimen Pokok Senan itu.

Mengulangi lagi ingatannya, Mahfuz berkata, jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku dalam keengganan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang mendakwa tentang kaitan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Kalau benar tidak bersalah, takut apa mengheret akhbar tersebut ke mahkamah di Australia?

"Tengku Razaleigh Hamzah pernah menyaman akhbar luar negara di negara akhbar itu sendiri dan oleh kerana beliau tidak bersalah, beliau menang kes tersebut dan mendapat ganti rugi yang lumayan pula," katanya.

Sambil bergurau, Mahfuz berkata, kalau Rosmah mendapat ganti rugi yang lumayan hasil tindakan undang-undang ke atas SMH itu, rakyat tidak marah kalau beliau berbelanja besar-besaran dengan wang ganti rugi itu.

"Kalau dapat ganti rugi RM24 juta, rakyat tidak marah kalau isteri Perdana Menteri itu mahu membeli cincin berlian semahal ganti rugi yang diperolehi itu.

"Kalau dapat ganti rugi lumayan dari SMH, rakyat juga tidak marah kalau Rosmah mahu memborong di semua butik terkemuka di seluruh dunia, beli beg tangan Birkin banyak-banyak, semuanya rakyat tak marah.

"Rakyat lebih suka lagi kalau Rosmah menderma, maklumlah sebelum ini beliau menderma sehingga RM1.5 juta kepada Tabung Gaza. Mana dia dapat duit, kita tak tau," kata Mahfuz.

Dalam seksyen 'Private Sydney' SMH, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai first lady of shopping (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan Najib juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.



- Posted using BlogPress from my iPad


Posted by Kedah La

Akhbar Australia lapor Rosmah berbelanja sakan

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

- Posted using BlogPress from my iPad

Pejuang Melayu konon...!! Celakalah kepada pengkhianat Tanah Rizab Melayu...




Posted by KedahLaNie

Sabtu, 24 Disember 2011

MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH

https://lh5.googleusercontent.com/-nbvdEkjqTgE/Tt9mGrG3rtI/AAAAAAAAFeQ/JIk1T0600zE/s500/222.gif



.:: Lantunan Mahabbah Rasulillah ::.

1. APA ITU MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH ?

1.1 Satu majlis bagi MENGAMBARKAN DAN MENZAHIRKAN KECINTAAN KITA KEPADA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w. Insan yang membawa rahmat keamanan, keharmonian keadilan serta kesejahteraan untuk kita dan alam seluruhnya.

1.2 Majlis ini dihiasi dengan SELAWAT, ZIKIR, ALUNAN QASIDAH kecintaan rasulullah disamping MENCEDUK LAUTAN ILMU melaluiAL QURAN dan HADIS rasulullah lalu mengambil pengajaran yang sewajarnya kita hayati sebagai umat rasulullah.s.a.w.

1.3 Majlis ini telah diadakan untuk kali keempatnya dengan lebih 10 000 pencinta rasul telah hadir merasai kesyahduan keindahan kerinduan kecintaan untuk rasulullah s.a.w.

1.4 Majlis yang namanya diberikan oleh ulamak tersohor Syeikh Nuruddin al banjari



2. BILA DAN DIMANA MAJLIS INI ?

2.1 Tarikh : 30 DAN 31 DISEMBER 2011,

2.2 hari JUMAAT DAN SABTU

2.3 tempat STADIUM SULTAN ABD HALIM SUKA MENANTI ALOR SETAR,

2.4 majlis bermula jam 8.30 PAGI HINGGA 12.00 MALAM.


3. SIAPA PENGANJUR MAJLIS INI ?

3.1 Majlis ini dianjurkan oleh PARA PENCINTA RASULULLAH S.A.W .

YAYASAN PAKSI bertindak sebagai pengelolanya.

3.2 Ianya mendapat kerjasama dari Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Sekolah Agama rakyat (HESA) , Majlis Ketua Kampong (MKK) Masjid-masjid seluruh Kedah, Galeri Ilmu Sdn Bhd. ( majallah Q & A ), NGO Islam ( pertubuhan bukan kerajaan ) – Ikatan Mujahid Ummah ( IMAM), ABIM, JIM, WADAH, TERAS , Sekretariat Ummah Berselawat ,Pusat Pengajian Islam , Pondok, Tahfiz dan lain-lain

4. SIAPA YANG AKAN BERSAMA DALAM MAJLIS INDAH INI ?

Ulamak tersohor dan pemikir islam serta pencinta rasulullah antaranya

4.1 Sahibus Samahah Dato Baderudin Haji Ahmad – Mufti Kerajaan Negeri Kedah

4.2 Tuan Guru Dato Dr. Harun Din Al hafizh – Ulamak tersohor

4.3 Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam -Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru Indonesia

4.4 Syeikh Mohd. Zainal Asri bin Haji Ramli – Mudir Maahad Darul Hadis

4.5 Ustaz Ahmad fawaz bin Dato Fadhil – Anak Dato Fadhil Noor

4.6 Ustaz Nik Abduh bin Dato Nik Abd. Aziz – Anak Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat

4.7 Ustaz Mohd. Khalil bin Dato Seri Abd. Hadi – Anak Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

4.8 Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali - editor Eksekutif majalah Q & A

4.9 Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim- Dekan fakulti Perniagaan Islam UUM

4.10 YM Hajah Raja Mazian Bt Raja Mohamed- mantan pengacara Al- Hidayah Tv3

4.11 Nora - Wan Norafizah binti Ariffin - selebriti dan penyanyi


5. APA YANG AKAN ANDA PEROLEHI SEPANJANG MAJLIS INI

5.1 Sepanjang program kita akan merasai indahnya SELAWAT DAN QASIDAH memuji rasulullah bersama para ulamak dan pelajar Mahaad Darul Hadis, Maahad Tahfzi Imam Nawawi (Matin)serta kumpulan qasidah yang lain. Selawat dan qasidah dialunkan disetiap permulaan majlis dipertegahan dan diakhir nya. ( ya allah hadirkan kami dalam majlis ini)

5.2 TG dato dr. Harun Din akan mengupas KERINDUAN BERTEMU RASULULLAH dan amalan yang dilakukan oleh mereka yang telah dapat bertemu rasulillah dalam mimpi. Kesyahduan ketika bertemu rasulullah s.a.w ( moga kita memperolehinya)

5.3 SS Dato Mufti akan menyentuh CIRI-CIRI DAN WATAK INSAN YANG AKAN BERSAMA RASULULLAH di akhirat nanti (moga kita antaranya)

5.4 Syeikh Ahmad Fahmi dan Syeikh Zainal Asri akan membawa kita merasai INDAHNYA DALAM MAJLIS MEMUJI DAN MENGAGUNGKAN RASULILLAH. ( moga allah memilih kita dalam ribuan yang hadir)

5.5 Anak-anak 3 Ulamak iaitu Ust. Fauwaz , Ustaz Nik Abduh dan ust Mohd. Khalil akan membawa kita memahami ciri-ciri danPERANAN ULAMAK SEBAGAI PEWARIS NABI DAN PERANAN KITA SEBAGAI PEMBANTU dan penyokong para ulamak. ( moga allah pilih kita hidup bersama para ulamak)

5.6 Ust. Zul Ramli , YM Raja Mazian dan Nora akan mengembalikan kita melihat betapa CINTA DAN KASIHNYA RASULULLAH TERHADAP WANITA lalu memuliakan wanita sebagai anak, isteri dan ibu. Kita akan dibawa merasai betapa MANISNYA HIDUP DALAM SUNNAH RASULULLAH berbanding sebaliknya. (moga kita penghidup sunnah rasulullah)

5.7 Anda akan dapat MENYELUSURI DAN MENGHAYATI KEHIDUPAN RASULULLAH melalui teknik penceritaan yang dibantu dengan alunan qasidah, selawat, nasyid, sajak, pentomen, monolog dalam PERSEMBAHAN QASIDAH SENTUHAN QALBU. Ianya bertambah menusuk qalbu dengan paluan kompang dan bunyian serta pencahayaan.

5.8 Ust Zul Ramli dan Prof madya Dr Hasmadi akan mejelaskan peri pentingnya ILMU dalam mendekatkan kita kepada RASULULLAH.

5.9 PELANCARAN MAJALLAH Q & A sebagai tanda komitmen kita bersama untuk mendapat ilmu

5.10 MAJLIS TAHLIL dipimpin oleh Tuan Guru Haji Mohd Rejab bin Mahd Khair, sebagai tanda ingatan kita kepada insan yang kita kasihi ( moga doa dan pahala tahlil kita mendatangkan kebaikan kepada keluarga terutama ibu ayah kita)

5.11 Semestinya kita akan dapat membeli BARANGAN KELUARAN MUSLIM, halal lagi baik pastinya di gerai yang sediakan. (moga kita diberi ilmu , makanan dan pakaian serta lainnya mengikut sunnah )


6. SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI DAN MENGHADIRI MAJLIS INI ?

6.1 MAJLIS INI BOLEH DISERTAI dan dihadiri OLEH SEMUA INSAN...

6.2 anda suami/isteri anda, anak-anak, ibu ayah adik abang kakak ... jiran, rakan sepejabat lelaki wanita, tua muda, kecil besar, melayu, cina india ... muslim dan non muslim semua golongan ... pencinta rasul...


7. BAGAIMANA UNTUK ANDA MENYERTAINYA ?

7.1 TIADA BAYARAN DIKENAKAN kepada anda yang cintakan rasulullah

7.2 Hanya pinta kami agar anda membiasakan diri anda BERSELAWAT SEBANYAK MUNGKIN mulai hari ini sehingga kita masuk ke majlis yang adakan pada 30.12.2011 supaya jiwa dan perasaan anda begitu cinta kepada rasulullah.

7.3 Serta pada MALAM KEMUNCAKNYA ANDA DIGALAKKAN BERPAKAIAN PUTIH bagi mewujudkan suasana syahdu berselawat dan berqasidah memuji rasulullah.

( bayangkan anda dalam ribuan yang berpakaian putih bersih .... sama serupa ...)


8. ANDA INGIN MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS INI ?

PASTINYA anda amat ingin memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu anda perlu

8.1 LETAK DAN TANAM AZAM UNTUK HADIR ke majlis lantunan mahabbah pada tarikh 30 dan 31 disember 2011 di Stadium Sultan Abd. Halim Suka Menanti.

8.2 HADIR BERSAMA ANAK DAN KELUARGA SERTA RAKAN JUGA JIRAN agar mereka juga dapat merasai serta mendapat berkat dan pahalanya.

8.3 Bersama MENJAYAKAN MAJLIS TAHLIL . Isikan borang dan hantarkan kepada MAAHAD DARUL HADIS atau KELAS PAKSIsetiap jumaat di menara zakat atau kelas di seri mentaloon pada hari sabtu atau berhubung 0195987842

8.4 SEBARKAN MAKLUMAN INI kepada orang yang anda kenali atau tidak melalui sms, facebook, email blog salinan handbill poster dan sebagainya . pastinya ada pahala untuk anda juga.

8.5 Menghulurkan SUMBANGAN WANG RINGGIT seikhlas dalam tabung lantunan atau terus kepada akaun YAYASAN PAKSI . atau menjadi penaja.

8.6 HADIR AWAL DAN IKUT PERATURAN serta arahan pengelola.

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ;

CIKGU SUKARNO ABD.HAMID 0195987842

PROGRAM PAS DI SANA SINI


Rabu, 16 November 2011

Gambar-Gambar Kemewahan Istana Negara Yang Baru...

siasahkini


http://siasahkini.blogspot.com

SUMBER:http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/11/gambar-gambar-kemewahan-istana-negara.html

Ya Allah... Mewahnya Istana Negara kita yang baru nieh!! Memukau mata SK bila tengok gambar-gambar nieh.

Istana Negara baru yang dibina dengan kos keseluruhan RM 811 juta ini. Sekali tengok... perghh!, dah macam hotel 7 bintang Burj al-Arab yang dekat Dubai tu...

Sama ada ianya satu keperluan, atau pembaziran, korang nilailah sendiri...di bawah ini sekitar 40 keping gambar Istana Negara yang baru...