Tokguru pernah ditanya Wartawan: Apakah sejak kecil Tuan Guru minat dalam bidang politik?
TGHH: Kebetulan saya lahir di rumah politik. Ayah saya aktif dalam politik sejak zaman penjajah. Rumah kami menjadi persinggahan orang-orang politik seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy, Dato Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman dan ramai lagi. Saya dan ayah saya bercakap politik sejak usia lima atau enam tahun lagi.
Terengganu adalah sebuah negeri yang menjadi pusat pengkalan tokoh-tokoh pejuang menentang penjajah seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya. Ia menjadi pusat yang melahirkan pejuang-pejuang awal menentang kolonialisme.Malah Sultan Zainal Abidin III, adalah seorang Sultan yang juga seorang ulama, yang menentang penjajah.
Sejak kecil lagi, saya selalu membaca buku dan majalah majalah koleksi ayah saya. Ketika itu saya telah membaca buku Ensiklopedia Politik karangan Muhammad Hanif. Buku itu tidak ada lagi di pasaran sekarang. Melalui buku itu, saya dapat tahu istilah politik, demokrasi, nasionalisme, diktator, dan pelbagai lagi istilah politik. Buku itu juga memuat tokoh-tokoh politik seperti Sukarno, Abdul Rahman Azzam,Tito, Hitler, dan sebagainya. Ia ditulis dalam tulisan jawi. Buku ini tidak ada lagi di pasaran sekarang.mungkin hanya ada dalam simpanan arkib. Muhamad hanif ini pernah jadi calon PAS di Kampung Baru.
Selain itu, saya sempat berkenalan dengan tokoh-tokoh seperti Dr. Burhanuddin, Dato Onn, yang pernah datang ke rumah. Ini memberikan pendedahan awal kepada saya dalam bidang politik.
Wartawan: Sewaktu belajar di Universiti, apakah Tuan Guru terlibat juga dalam kegiatan mahasiswa?
TGHH: Saya pernah menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Selain itu, ketika menuntut di Mesir saya pernah bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang aktif dalam Ikhwanul Muslimin ketika itu.Saya juga pernah menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir.
Wartawan: Setelah pulang ke tanahair, apakah Tuan Guru terus melibatkan diri dalam politik khususnya PAS?
TGHH: Sebelum ke Timur Tengah, saya mula aktif dalam PAS sebagai Setiausaha Ranting PAS kampung Rusila, Marang. Selepas pulang ke tanah air, saya dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977, saya dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989, saya terpilih menjadi Timbalan Presiden PAS dan setelah pemergian Dato' Fadzil Mohd Noor, saya diamanahkan menjadi Presiden PAS.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan