WELCOME


Rabu, 16 November 2011

Gambar-Gambar Kemewahan Istana Negara Yang Baru...

siasahkini


http://siasahkini.blogspot.com

SUMBER:http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/11/gambar-gambar-kemewahan-istana-negara.html

Ya Allah... Mewahnya Istana Negara kita yang baru nieh!! Memukau mata SK bila tengok gambar-gambar nieh.

Istana Negara baru yang dibina dengan kos keseluruhan RM 811 juta ini. Sekali tengok... perghh!, dah macam hotel 7 bintang Burj al-Arab yang dekat Dubai tu...

Sama ada ianya satu keperluan, atau pembaziran, korang nilailah sendiri...di bawah ini sekitar 40 keping gambar Istana Negara yang baru...

 








































































Hendak pampasan Kena Tanya kepada tuan empunya bangunan sebelum ini milik Syarikat Tunku Yaacob Holding Sdn Bhd

Tidak wajar bayar pampasan bangunan tidak selamat diduduki
 

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri tidak perlu membayar tuntutan pampasan terhadap bangunan yang tidak selamat untuk diduduki.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan segelintir pembeli unit kedai Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai sejak 30 tahun lalu, yang kini diambil alih Kerajaan Negeri, bukan di bawah tanggungan mereka.

“Pembeli sepatutnya bertanya kepada tuan empunya bangunan, sebelum ini milik Syarikat Tunku Yaacob Holding Sdn Bhd (TYH), kini pemiliknya ialah Belleview. Jika kita ambil alih tetapi bangunan itu tetapi akan dirobohkan sebab tidak selamat, takkan pula bangunan yang tidak siap perlu dibayar,” katanya.

Azizan berkata, berdasarkan rekod bayaran yang dikeluarkan, jumlah pampasan bagi lot 150 dan 151 iaitu tanah milik TYH bernilai RM24,542,791.50 atau RM151 sekaki persegi.

“Bangunan tiada pampasan sebab tidak selamat diduduki. Manakala tanah lot 623 milik Majlis Agama Islam Kedah (Maik), jumlah pampasan yang dibayar ialah RM1,488,800,” katanya.

Menurutnya, pecahan bayaran adalah pampasan tanah sebanyak RM893,592 atau RM97 sekaki persegi manakala pampasan bangunan RM543,708 selain penyewa RM51,500.

“Kenapa ada sahaja pihak mahu timbulkan masalah. Projek yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu, kita mahu buat pembaharuan. Kita buat dalam masa tiga tahun sahaja. Nampaknya rakyat termasuk Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim turut berkenan dengan perkembangan positif ini,” katanya.

Azizan berkata, sepatutnya semua pihak memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri yang berusaha gigih mahu mengubah wajah bandar raya Alor Setar supaya lebih menarik, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah. [Sinar harian]

Keuntungan projek nenas di Kedah sebanyak RM21.24 juta

Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR, 16 November 2011 – Kedah kini mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM21.24 juta daripada pengeluaran nanas dan mempunyai teknologi yang membolehkan nanas ditanam dalam kepadatan yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Amiruddin Hamzah berkata, kini sebanyak 966 hektar tanah ditanam dengan nanas dan pengeluarannya sebanyak 130,417 tan metrik serta keuntungannya mencapai sebanyak RM21.24 juta.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan YB. Dato’ Rohsidi Osman (Bukit Pinang – PAS) mengenai pertanian di Kedah di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-12.

“Hasil tanaman nanas setakat ini tidak dieksport ke luar negara dan hanya di jual kepada pemborong-pemborong nanas sahaja. Sebahagiannya diproses di kilang-kilang di negeri ini.

“Kita menjangkakan pada 2015 ini sebanyak 1000 ekar nanas dapat ditanam dan sekarang ini kita sedang menunggu anugerah inovasi bagi penanaman nanas dalam kepadatan tinggi,” terangnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jika dalam keadaan biasa, dalam sesuatu keluasan, nanas hanya boleh ditanam sebanyak 70 ribu pokok, tetapi dengan inovasi ini nanas dapat ditanam sebanyak 80 ribu hingga 85 ribu pokok.

“Kita sekarang ini sudah mempunyai Persatuan Penanam-Penanam Nanas Kedah yang ketuai oleh Jabatan Pertanian Negeri.

“Melalui persatuan ini maka kita akan dapat memastikan pengeluaran nanas secara berjadual agar tidak berlaku lambakan dan melalui sistem ini juga maka pengeluaran nanas dapat dikeluarkan secara berterusan,” katanya.

Dato’ Amiruddin menasihatkan agar penanam-penanam nanas mengelakkan pengeluaran nanas pada dua masa iaitu musim buah-buahan dan bulan Ramadhan. Waktu yang paling sesuai adalah selain musim tersebut seperti musim cuti sekolah dan musim kenduri kahwin.

Beliau juga menggalakkan usahawan-usahawan untuk membuat pengetinan nanas dan membut jus nanas.

“Kita juga menjual kulit nanas kepada sebuah syarikat dan syarikat tersebut menggunakan kulit nanas tersebut untuk membuat makan haiwan ternakan.

“Kerajaan negeri kini mempunyai kilang pengetinan buah-buahan di Sungai Petani dan ianya adalah untuk mengelakkan lambakan buah-buahan berlaku,” katanya lagi.

Terangnya, kerajaan negeri turut memberikan peruntukan kepada petani-petani yang mempunyai tanah yang terbiar disebabakan sebarang masalah seperti masalah perparitan.

Peruntukan tersebut diberi sebanyak RM20 ribu iaitu RM12 ribu untuk membaiki saliran dan tanah, manakala RM8 ribu lagi adalah untuk penggunaan baja dan racun tumbuhan. Bantuan tersebut bukanlah dalam bentuk wang tunai tetapi dalam bentuk bantuan fizikal.

“Kerajaan negeri tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran nanas sahaja kerana kerajaan negeri juga memberikan perhatian kepada pengeluaran padi dan lain-lain. Antaranya adalah mengambil perhatian terhadap sawah yang di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda iaitu kita akan memohon peruntukan untuk membuat saliran yang lebih baik.

“Selain itu, kita juga akan memilih buah-buahan yang mendapat harga di pasaran contohnya Rambutan Deli dan kita juga adakan program pemulihan dusun dengan menjadikan dusun yang sedia ada menjadi lebih baik,” ujarnya.

Dato’ Amiruddin menggalakkan orang ramai untuk menanam pokok buah-buahan di sekeliling rumah mereka dan membuang pokok yang tidak lagi berguna dalam program “Sebuah rumah, 10 pokok”.

Isnin, 14 November 2011

KEM ANAK SOLEH 2011

(KLIK UTK BESARKAN)

Saksikan Siaran Langsung Bajet 2012 dari Sidang DUN Kedah melalui AmanTV.net

BAJET 2012 KEDAH: DIBENTANG ESOK ALOR SETAR, 14 Nov: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dan pembentangan Bajet 2012 akan berlangsung selama tiga hari bermula esok dan berakhir Khamis ini.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan merasmikan pembukaan persidangan Dun ke-12, mesyuarat kedua, penggal keempat ini.

Menurut Timbalan Speaker Dun Kedah, Ustaz Ahmad Izzat Shauki, persidangan kali ini akan disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi
amantv.net.

"Kita telah memberikan kebenaran kepada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah untuk menyiarkan secara langsung persidangan kali ini melalui webtv.

"Mereka sedang berusaha untuk berbuat demikian dan insyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan sidang kali ini boleh diikuti di
amantv.net," katanya.

SPRM: Bendera RM2k siasat sampai mati, kondo lembu?

Di mana SPRM dalam isu skandal NFC? :

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal tiada sebarang siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun laporan sudah dibuat mengenai National Feedlot Corporation (NFC) dengan menamakan individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kenapa sampai hari ini belum ada tindakan daripada SPRM
?

"Jika isu ini melibatkan Pakatan Rakyat, sudah tentu awal-awal lagi kita sudah disiasat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, skandal NFC itu membuktikan kegagalan transformasi Najib yang ingin memerangi ketirisan.

"Ini satu skandal yang boleh menjatuhkan menteri apa lagi bila diberi kepada suami dan anak.

"Apa lagi yang ingin dipertahankan sedangkan Ketua Audit Negara laporkan demikian.

"Najib hilang wibawa dan kelayakan untuk bawa reform yang katanya untuk menentang ketirisan," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita dan Pengarah Strategi PKR, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan
www.sprm.gov.my National Feedlot Corporation (NFC) mengesahkan bahawa satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM 9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan SPRM dan setelah diteliti aduan tersebut, bahagian itu telah mengaklasifikasikan aduan tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009).

Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.

Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM.

Pengadu telahpun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM.

-
Harakah Daily

Kerja 9 jam: Guru bukan tikus putih


Pemuda PAS mendesak kerajaan membatalkan projek perintis sistem waktu bekerja sembilan jam bagi guru sekolah kerana ia didakwa "tidak wajar" dan "tidak munasabah".

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu bukan sahaja membazir, malah guru juga tidak boleh dijadikan "tikus makmal" dalam sistem pendidikan negara.

"Bahkan, banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran (kendalian) mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti ini?" kata Riduan.

Warga pendidik juga, tambah Riduan, terpaksa hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, aktiviti riadah di luar darjah, lawatan sambil belajar dan kursus wajib yang mesti diikuti.

"Bagaimana pula kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana perlu memenuhi masa bekerja seperti tenaga profesional yang lain?" soalnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan juga berkata, suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah menyebabkan banyak perkara memerlukan inisiatif sendiri kumpulan itu, termasuk mengeluarkan duit kocek sendiri.

PAS Sarawak cadang ikut masa pekerja biasa

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong kelmarin dilaporkan berharap guru di empat negeri terlibat - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - tidak risau kerana kerajaan hanya membuat percubaan.

Sambil menegaskan ia bukan kata putus, Wee berkata, apabila projek rintis itu meyakinkan dan kesimpulan konkrit dibuat, barulah ia akan diperluas ke seluruh negara.

Projek yang akan dilaksanakan mulai Januari depan di empat negeri terbabit berasaskan kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (kanan) berkata, lebih baik kerajaan melaksanakan sistem waktu kerja guru seperti pekerja biasa antara jam 8 pagi hingga 5 petang, dengan lima hari bekerja dan dua hari cuti.

Katanya, melalui sistem itu, tugas harian boleh diselesaikan di pejabat dan pelajar juga boleh terus menyelesaikan tugasan harian di sekolah tanpa perlu dibawa balik ke rumah.

"Bagaimanapun, ini adalah tugas Kementerian Pelajaran untuk membuat kajian sepenuhnya agar semua pihak berpuas hati terhadap sebarang cadangan yang telah dikemukakan," katanya.

Keluhan Mahasiswa @ PTPTN...!!!




Ramai bising pasal PTPTN. Kononnya mahasiswa lari tak nak bayar. Lepas tu bising pasal mahasiswa pilih kerja. Tapi pernah ke kerajaan fikir masalah mahasiswa? Nak kerja elok sikit bersesuaian dengan bidang dan course yang di ambil untuk memudahkan bayar hutang.. tapi bila dapat kerja gaji rm1,000 bayar sewa rumah rm200 monthly sebab share2, lepas tu motor rm250, rm20 electricity n water, rm200 barangan dapur.

Balance dalam rm300++. Nak hantar kat mak duit lagi. Tak kan lah dah kerja taknak bagi mak duit? Nak juga gembirakan hati mak. Dan lain2 perbelanjaan seperti minyak, makan di tempat kerja, dan pelbagai lagi. Semua perlukan duit. Untung orang x merokok. Kalau merokok mungkin lain pula hal nya. Mahasiswa pun tersepit juga. Kalau dapat bayar rm30 sebulan pun rasa seronok macam dah kurang dosa dari lari bayar hutang tapi bila tengok balance tak pernah nampak macam susut rasa sakit hati pula.

Yang kerajaan tahu nak salahkan mahasiswa kononnya liat nak bayar hutang dan tak pandai nak berterima kasih. lagi tertekan, had umur persaraan dinaikkan ke 60 tahun... Sampai bila mahasiswa nak menganggur lagi?

Posted by KedahLaNie

Harga ayam pun naik...ni kan pula harga rumah.....

Oleh : Serikandi Mujahidah
Satu..satu..UMNO APCO ni dok cari pasai...dulu bab peruntukan banjir...bab peruntukan baiki jalanraya persekutuan...ni buka pulak pasai bab rumah pulak....

Kata Tok Ketua Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim..( nama dah sedap...bulan..)..sejak Pakatan Rakyat memerintah Kedah, harga rumah di Kedah meningkat..maksudnya semakin mahai...katanya lagi...harga rumah teres dua tingkat pada tahun 2008 sebanyak RM180 ribu meningkat kepada RM220 ribu. Sementara tu..meningkat pula sehingga RM320 ribu pada tahun ini. Maka dengan harga itu...ramailah bumiputera tak mampu beli... Jadi kuota 50 : 50 yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri kepada pemaju perumahan seolah-olah tidak berjaya.

SM tak mahu cakap banyaklah....setahu SM bukan setakat RM360 ribu bumiputera tak mampu beli..harga RM120 ribu pun berapa ramai yang boleh dimiliki oleh bumiputera. Kebanyakan bumiputera hanya mampu memiliki rumah kos rendah dan sederhana antara RM25 - 70 ribu sahaja. Kalau yang atas RM70 ribu tidaklah ramai sangat, itu pun kebanyakan yang memilikinya orang-orang yang memang berpendapatan tinggi. Jadi kenapa sekarang baru timbul masalah bumiputera tidak mampu memilik rumah dengan harga sedemikian...kalau dulu 70 peratus kuota untuk bukan bumiputera tentulah "sold out"...

Kiranya Tok Ketua Pemuda BN ni..sedaqlah pendapatan rakyat Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya hanya sekitar RM15 ribu setahun...baguslah...jadi janganlah dok fikir bab rumah je ...fikirlah sama dengan bebanan kenaikan harga barang keperluan harian yang naik begitu mendadak...kalau dah kehidupan seharian menghimpit..beras mahai..gula mahai...minyak mahai..ikan, ayam..daging..sayur..semua mahai..yuran sekolah mahai...caj letrik mahai..tak usaha nak kata beli rumah.....nak beli gerek pun fikir 2-3 kali ooooo...

Tak payahlah..Tok Ketua Pemuda BN nak susah hati pasai rumah-rumah kat Kedah ni..Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah cukup perihatin dengan masalah rakyat...melalui anak syarikat kerajaan negeri (GLC)..perumahan untuk rakyat perpendapatan rendah memang giat dilaksanakan..cuma dia yang tak tau!

Walau bagaimana pun mahal harga rumah tu..tidak le semahai harga renovate rumah pemimpin UMNO...ubah suai saja dah mencecah RM5 juta...tu belum kira harga keseluruhan pembinaan..

He..he..he..he...Bapak Badrol ..SM nak cadangkan...suruh aja Hjh Kak Semah infakkan cincin 28 juta tu untuk rakyat Kedah beli rumah-rumah tu semua...tentu baguskan....tak pun buatlah lelongan amal..beg-beg tangan...kasut-kasut..baju-baju Hjh Kak Semah buat bantu rakyat Kedah....tak gitu...

Bernaskan idea SM...

http://kedahla.blogspot.com/2011/11/harga-ayam-pun-naikni-kan-pula-harga.html