WELCOME


Selasa, 20 Julai 2010

Perpaduan Melayu: PAS Tidak Perlu Defensif

1. Sehari dua ini isu Perpaduan Melayu seperti "ibu pelaris" bagi media di pasaran . Pelbagai pandangan dan idea dapat dilihat ketika mengulas isu ini . Samaada melewati media arus perdana , media milik parti masing - masing ataupun di media baru [alternatif] .

2. Ada yang setuju 100% tanpa syarat , ada yang tidak setuju 100% tanpa ruang , ada yang setuju tetapi bersyarat .

3. Saya sendiri mempunyai pandangan peribadi dalam perkara ini dan saya jangka pandangan saya bertepatan dengan semangat perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS . Terdahulu telah saya nukilkan sebahagian pandangan saya melalui posting saya sebelum ini . [klik]

[ Tetapi secara officialnya pandangan saya tidak mewakili parti secara rasmi ] . Justeru itu saya bersedia untuk berdepan dengan pandangan yang berbeza , penuh hormat dan sangka baik .

4. Asasnya saya dirikan pandangan itu bukanlah lahir dari congakkan idea tanpa saya meneliti dan memerhati suara orang ramai terutama mereka [ orang awam ] yang saya temui setiap kali selesai menyampaikan kuliah di masjid dan surau saban hari . Akhirnya rumusan yang saya buat ialah :

•Ummat Islam mesti bersatu . Rata - rata ummat Islam ialah melayu . Secara mantiqinya ialah melayu mesti bersatu . Namun bersatu atas flatform atau premis Islam . Islam menjadi syarat . Justeru itu saya sangat tidak bersetuju dengan anjuran perpaduan tanpa syarat . Perpaduan itu hanya berjaya dan diredhai oleh Allah swt apabila diikat dengan syarat Islam.
•Semua pihak mesti kembali kepada Islam . Ayat al Quran yang menganjurkan perpaduan ummah ini telah wujud sejak awal sebelum lahirnya parti - parti politik dalam negara kita . Aus dan Khazraj satu bangsa yang bertelagah di bumi Madinah sejak puluhan malah ratusan tahun . Namun ia disatukan oleh Rasulullah saw dengan kalimah Toiyyibah Laa Ilaahaillallah .
•Bangsa , material dan kuasa tidak boleh dijadikan premis kukuh untuk perpaduan ummah . Sayang bangsa namun binalah bangsa itu atas agama dan syariat Islam . Sayang material tetapi kawallah material itu dengan kawalan agama dan syariat Islam . Sayang kuasa tetapi bentuklah kuasa itu dengan acuan agama dan syariat Islam .
•Seperkara lagi ialah , kalau kita bercakap soal perpaduan , kita tidak boleh hanya bercadang untuk bersatu sesama kita bangsa melayu atau ummat Islam sahaja , sementelah lah perpaduan sesama ummat Islam itu hukumnya wajib, tetapi juga mesti ada plan dan perancangan berperingkat untuk bersatu bagi semua bangsa dan kaum , juga berteraskan ajaran Islam [ dalam erti kata lain , melibatkan semua parti bukan antara PAS dan UMNO sahaja ] . Samaada mereka menganut ajaran Islam [menjadi saudara baru] atau mereka kekal dengan agama mereka tetapi menerima dasar kebaikan dan keadilan yang dibawa oleh Islam .
5. UMNO hulur dan tawarkan perpaduan kepada kita . Saya sarankan agar kita [ PAS ] tidak perlu menolak tawaran itu . Terimalah tawaran untuk perpaduan ummah kerana kita tidak mahu perpecahan , tetapi kita WAJIB letak syarat iaitu Islam . Kerana tanpa Islam , tawaran perpaduan itu sia - sia lantaran ia tidak mungkin dapat dibina dengan baik dan kukuh . Masih segar dalam ingatan saya malah selalu terngiang - ngiang di telinga saya , apabila al Mursyidul Aam PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan segala kerendahan dirinya berkata : "Kalau UMNO terima Islam, PAS ni tak ada pun tak apa !"

6. Dalam kenyataan lain pula , Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalu mengulang pendiriannya : "Kalau UMNO terima Islam sebagai dasar perjuangan parti mereka, kita bubar PAS" cuma mungkin saya berbeza sikit dengan Tuan Guru dalam menyusun ayat tersebut . kalau boleh saya sebut: "Kalau UMNO terima Islam sebagai dasar perjuangan parti mereka , maka bubarlah UMNO , Jom sertai PAS" sebab , masa tu perjuangan UMNO dan PAS telah serupa dan sama . Kalau bubar PAS yang telah sekian lama dibina dengan sistem Islam dan tarbiyyahnya , ikhlasnya saya sebut ia akan merugikan masa kita , kerana membina UMNO baru yang belum memiliki sistem tarbiyyah islamiyyah , akan memakan masa yang lama untuk menjadikan ia mantap .

7. Saya sebut kepada umum dan juga wartawan yang bertanya , jika UMNO ikhlas dan serius mahukan perpaduan sebagaimana tawaran yang berikan , maka sewajarnya UMNO menerima syarat yang diberikan iaitu Islam . Apakah UMNO sukar untuk menerima Islam ? Apakah payah UMNO mahu menerima syarat Islam ? Bukankah pemimpin dan rata - rata ahli UMNO adalah beragama Islam ? Kita bukan letak syarat supaya UMNO bubarkan partinya , cuma kita minta supaya UMNO menerima Islam sebagai dasar perjuangan . Sukarkah begitu ? Kalau sukar , maka sukarlah kita ummat Islam mahu bersatu.

8. Saat itu , jangan lagi dituding PAS tidak mahu perpaduan ! PAS punca perpecahan ! dan sebagainya . Kerana kita mahukan perpaduan . Kita mahu supaya ummat melayu bersatu padu atas dasar Islam dan perjuangannya. Kerana nas al Quran pun kata begitu , bidalan orang - orang tua pun kata begitu . [ Bersatu teguh bercerai roboh ] . Masa tu , jangan sesiapa mengatakan PAS tidak mahu bersatu padu . Bahkan yang tidak mahukan perpaduan ialah UMNO semata - mata kerana tidak mahu menerima syarat mudah yang kita letakkan iaitu Islam .

9. Saya mendoakan agar UMNO menerima Islam . Apabila UMNO menerima Islam maka itu tali Allah yang akan mengikat kita menjadi satu dan kuat . Saya tidak suka UMNO bukan semata - mata kerana namanya UMNO , tetapi kerana dasarnya yang tidak Islam malah banyak perkara bertentangan dengan Islam . Selama UMNO tidak menerima Islam , maka selama itu saya tidak boleh suka dan tidak boleh sokong UMNO . Bukan saya tidak mahu sokong UMNO tetapi saya TIDAK BOLEH sokong UMNO kerana ia tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya .

10. Jika UMNO insaf dan kembali kepada dasar dan prinsip Islam lalu menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya . Melaksanakan al Amru bil Makruf dan an Nahyu anil mungkar yang menjadi sebahagian teras syariat Islam dan berjuang untuk mendaulatkan syariat Islam di dalam negara ini , maka pada waktu itu saya berjanji , saya akan sokong perjuangan UMNO .

Akhirnya . UMNO hanya berdepan dengan syarat mudah untuk menjayakan tawaran perpaduannya itu . Syarat yang saya maksudkan ialah ISLAM . Bagi pihak PAS pula , saya sarankan agar tidak perlu defensif dengan isu perpaduan melayu yang rata - ratanya adalah ummat Islam . Bukan sahaja Dato' Harussani bahkan siapa jua boleh mengusahakan usaha murni mewujudkan perpaduan ummat Islam dalam negara kita selama mana syarat Islam itu menjadi prinsip . Kerana segala usaha hanya menjadi murni dan mulia jika kerana Islam . Kalau tidak menerima Islam ini sebagai syarat , segala cita - cita untuk bersatu itu berkecai . Orang putih kata : No Islam No talk !

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Saranan Tuk Guru : Islam hak milik semua bangsa

Firman Allah di dalam Al-Quran “ Sesungguhnya Allah menciptakan kamu dikalangan manusia bersuku-suku, berpuak-puak, berbangsa-bangsa dikalangan laki-laki dan perempuan agar kamu saling mengenali..”

Berita hari ini cukup menarik untuk dibaca dan kita renung bersama apa yang disarankan oleh TG Nik Aziz. Saya menyokong penuh hatta Perdana Menteri jika bukan bangsa Melayu pun saya tidak kisah sebab bumi ini milik Allah bukan milik Melayu. Sebab Melayu hanya bangsa yang diciptakan oleh Allah sama seperti Cina dan India. Jika PM Cina atau India apa salahnya asalkan dia Islam yang baik. Buat apa Melayu kalau Islam atas nama atau warisan tapi jahat macam iblis.

Yang mulia bukan bangsa tapi yang bertakwa dan beramal soleh yang dipandang oleh Allah S.W.T. Saya sangat pelik sesetengah orang ULTRA umno terlalu sinis dengan bangsa lain sambil dengan hujah “dungu” diberikan “......habihlah melayu kalau bangsa lain naik....” sambil diselitkan peristiwa 13 mei. Namun saya sebagai anak muda millennium takkan nak termakan hasutan ala 50an tu. Sebab inilah orang Cina atau India bukan Islam takut nak bersama Islam sebab sikap kita orang Melayu Islam yang prejudis dengan mereka. Sebab orang Melayu tak tunjuk apa yang diajar dalam Al-Quran dan Hadis. Kita banyak ikut Nafsu dan dendam. 50 tahun lebih merdeka kalau umno kata perjuangkan Islam saya yakin 80%-90% rakyat Malaysia dah beragama Islam. Tapi……..malas nak sebut dah.

Saya nasihatkan jangan kita ikut melayu kalau nak selamat dunia akhirat, tapi kita kena ikut Islam kalau nak selamat. Kadang-kadang saya malu mengaku melayu sebab antaranya “JUARA PUSAT SERENTI………MELAYU”. Hasil didikan umno selama ini. Oleh itu cukup-cukuplah. Umno tak perlu pujuk PAS nak bersatu sebab Melayu dan Islam sebab takda apa yang manfaat umno buat selama ni untuk memartabatkan Islam. Setakat alasan buat Masjid kat England ada masjid, USA ada masjid. Sudah-sudahlah tu.

Ahad, 18 Julai 2010

Takbir slogan orang ISLAM

"Assalamualaikum,,..

Siapa hardcode PAS? kenapa hardcore PAS suka bertakbir ALLAHUAKBAR? Kepada orang orang yang cetek agama tetapi perasan mereka lebih pandai dari hardcore PAS menyangka laungan takbir tu hanyalah satu sendaan yang terbit hasil dari ketaksuban kepada pemimpin.

Tetapi sedarkah mereka bahawa takbir ini sudah menjadi budaya orang Islam sejak perang Badar lagi? sedarkah mereka bahawa takbir ini diajarkan oleh baginda Rasullulah kepada umat baginda sebagai tanda mengharap pertolongan ALLAH dan menyatakan kesyukuran atas kemenangan yang diberikan ALLAH? Tahukah mereka bahawa memperlekehkan takbir hasil didikan orentalis yang mereka lalui tidak akan membantu mereka walaupun hebat mana sekalipun pencapaian materialistik mereka?

Hardcore PAS adalah orang orang yang betul betul yakin dengan panduan dan petunjuk Islam yang dibawa oleh baginda rasullulah dan mereka benar benar komited untuk menuruti segala perintah dan meninggalkan larangan baik yang wajib atau yang sunat yakni sesuatu yang dianjurkan Islam.

Antara yang dianjurkan ialah bertakbir ketika menyambut berita gembira dan ketika berperang sebagai tanda harapan dan kesyukuran kepada ALLAH.Bertakbir juga disunatkan pada dua hari raya malah diwajibkan dalam takbir pertama solat.

Dengan kata lain, takbir adalah slogan orang Islam yang tidak harus ditinggalkan.Tanpa takbir tindak tanduk orang Islam tidak akan terpandu dengan panduan Islam dan tanpa takbir orang Islam akan hilang identiti mereka.

Lebih penting, takbir bakal mendekatkan orang Islam dengan pertolongan ALLAH yang mana sekiranya pertolongan ALLAH itu sampai, tidak ada otak yang paling tinggi IQnya mampu menjelaskan bagaimana.

MELANTIK PEMIMPIN YANG TIDAK LAYAK

Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya atau bukan orang yang layak, maka tunggulah saat kehancuran.”

Di dalam hadis tersebut telah mengigatkan dan memberi peringatan kepada setiap individu khususnya ahli majlis syura atau badan perwakilan (parlimen) atau mereka yang terlibat dengan proses pemilihan pemimpin, ketua, pemerintah atau penguasa, melalui pilihanraya atau sebagainya, supaya mereka menilai dan melantik orang yang benar-benar layak memegang teraju pemerintahan atau pentadbiran atau mengendalikan sesuatu organisasi atau jabatan atau badan dan khususnya negara.

Dalam kes ini rakyat dan masyarakat seluruhnya juga dikira terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perlantikan tersebut dan mereka tidak boleh berlepas tangan atau tidak ambil peduli dalam masalah perlantikan pemimpin. Hal itu kerana pemimpin adalah orang yang bertanggungjawab mencorak dan membentuk sesebuah negara atau orang yang bertanggungjawab mencorak dan membentuk sesebuah negara atau orang yang dipimpinnya sama ada ke arah kemajuan yang bersesuaian dengan Islam atau ke arah kehancuran dan kemusnahan.

Namun begitu, pada hari ini betapa banyak kita dapati dan kita lihat amanah dan jawatan penting serta jawatan utama diserahkan kepada orang yang tidak layak atau tidak mempunyai kelayakan yang sebenar menurut syariat Islam, sedangkan orang yang layak dan mempunyai kelayakan sebenarnya tidak diberi peluang, maka dengan berbuat demikian, sesuatu urusan itu tidak dapat dilaksanakan dan tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Penyerahan kuasa atau perlantikan seseorang pemimpin atau penguasa yang tidak benar-benar layak sudah pastinya tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sepatutnya. Dalam konteks ini, pasti ia akan melakukan pengkhianatan dan penyelewengan. Pengkhianat dan penyelewengan itu bukan sahaja dari kalangan pemimpin itu bahkan orang yang bertindak dalam proses perlantikan dan pemilihan pemimpin tersebut melalui pilihanraya dan sebagainya juga dikira sebagai pengkhianat kerana mereka sudah tahu orang yang mereka akan lantik tidak boleh melaksanakan tugas apatah lagi kalau pemilihan tersebut atas dasar sentimen dan fanatik terhadap seseorang pemimpin semata-mata bukan atas dasar kelayakan dan pemilihan yang tepat. Sedangkan amanah itu merupakan satu perkara yang penting dan mesti diserahkan kepada orang yang berhak sebagaimana firman Allah di salam surah al-Nisa’ ayat 58, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…”

Sebagaimana dinyatakan dalam hadis tersebut faktor utama kehancuran terhadap sesebuah masyarakat, negara dan agama itu ialah disebabkan perlantikan pemimpin yang tidak layak. Namun disini kelayakan dan faktor kehancuran lain yang menyebabkan berlakunya kehancuran dapat dijelaskan antara lainnya ialah:-

1- Pemimpin yang jahil atau tidak berilmu

Ilmu pengetahun merupakan syarat utama sebagai kelayakan seseorang pemimpin yang dilantik. Justeri itu kiranya pemimpin yang dilantik itu dari kalangan mereka yang tidak berilmu sama ada ilmu keduniaan lebih-lebih lagi ilmu keagamaan akan menyebabkan ia menjalankan kepimpinan berdasarkan nafsu, akal fikiran semata-mata sama ada dalam hal yang berkaitan dengan hukum hakam, fatwa, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan pentadbiran. Pemimpin yang jahil sama ada dari kalangan Hakim, Ketua, Kadi, Perdana Menteri, Menteri Besar atau sebagainya, apabila menjalankan urusan pastinya tidak akan mampu berlaku adil bahkan apa yang mereka lakukan adalah menyimpang dari matlamat. Maka pemimpin sebegini sifatnya yang dilantik dalam sesebuah masyarakat adalah pemimpin yang sesat dan menyesatkan orang lain. Sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim :

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dari manusia dengan cara sekaligus tetapi dengan cara mematikan ulama’ sehingga tiada lagi tiggal seorang alimpun. Dengan demikian manusia akan melantik pemimpin-pemimpin yang jahil lalu mereka ditanya dan dia memberi fatwa tanpa ilmu. Mereka itu (pemimpin) sesat dan menyesatkan”

Pemimpin yang jahil juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri pemimpin yang dilantik akan menyebabkan huru hara dalam masyarakat dan ia akan menyebabkan masyarakat akan menjadi sesat sebagaimana hadis riwayat Abu Daud:

“Yang aku takuti terhadap umatku ialah dari kalangan pemimpin-pemimpin yang menyesatkan”

2- Pemimpin yang fasiq

Faktor ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai huru hara dalam masyarakat seperti berleluasanya rasuah, kezaliman, tipu daya, berdusta, fitnah serta meluasnya gejala maksiat. Bahkan dalam keadaan tertentu seseorang pemimpin yang dilantik dari kalangan mereka yang memiliki sifat keji ini akan menjadi penganjur kepada kemungkaran, yang akhirnya akan merosakkan agama, negara serta rakyat seluruhnya seperti meluasnya perjudian akan menyebabkan banyak berlaku pergaduhan, rompakan dan permusuhan begitu juga meluasnya pusat-pusat hiburan yang menyebabkan bercambahnya pusat-pusat karaoke, pelacuran, pub kasino dan lainnya yang menyebabkan keruntuhan moral, berkesedudukan tanpa nikah, sumbang mahram, Aids, Siplis, keruntuhan rumah tangga, dadah, arak dan sebagainya. Pemimpin yang fasiq juga tidak akan menjunjung syariat Islam dan meremehkan serta memandang rendah hal-hal dan hukum hakam agama dengan menghina hukum Islam seperti mengatan Hukum Islam zalim, menganiaya kaum wanita, menganggap hukum Islam sebagai primitif dan sebagainya.

3- Melantik kerabat atau teman rapat atau kroni

Berkaitan dengan keadaan ini juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kehancuran sesebuah kepimpinan. Hakikatnya perkara ini berlaku kerana kiranya seseorang pemimpin itu dari kalangan orang buruk akhlaknya sudah tentu ia akan melantik pembantu-pembantu atau kaum kerabatnya dari kalangan mereka yang selari dengannya. Dalam keadaan ini juga, perlantikan pemimpin itu tidak boleh secara perwarisan. Justeru itulah dalam sistem kekhalifahan Islam Nabi s.a.w tidak menetapkan siapakah pengganti Baginda dan ia mestilah diserahkan kepada Majlis Syura. Hal ini dapat dijelaskan melalui hadis daripada Abu Bakar yang diriwayatkan oleh al-Hakim:

“Sesiapa yang dilantik sebagai amir atau pembesar terhadap kaum muslimin selepas itu ia melantik pula seorang pegawai dari kalangan orang yang dikasihi (teman atau keluarga) maka baginya kutukan Allah. Allah tidak akan menerima keampunannya sehingga ia memasuki neraka.”

4- Melantik orang kafir sebagai pemimpin.

Islam mengharamkan sama sekali perlantikan pemimpin tertinggi atau apa sahaja ketua yang meliputi semua peringkat dari kalangan orang kafir untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan umat Islam dan agama Islam. Tegahan ini kerana mereka sudah tentu tidak ikhlas dalam kepimpinannya bahkan mereka tidak mengetahui urusan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dan muslim. Walaupun ada sesetengah orang bukan Islam memahami Islam dengan baik, tetapi mereka mendalaminya dengan tujuan untuk menghancurkan Islam seperti Orientalis, Yahudi dan Nasrani. Tegahan mengambil orang kafir sebagai pemimpin atau teman rapat dengan mengenepikan orang Islam dapat dijelaskan melalui firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat 28 yang bermaksud:

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman…”

Kesimpulannya, pada hari ini kita dapati banyak urusan sama ada pentadbiran atau perjawatan atau kepimpinan itu sendiri telah diserahkan atau dilantik daripada kalangan bukan ahlinya. Bukan ahli di sini merangkumi tidak berkelayakan sama ada dari sudut keperibadian, perwatakan, keagamaan atau keilmuan. Apatah lagi dalam sesebuah masyarakat yang mana orang yang layak diketepikan manakala orang yang tidak bertanggungjawab dilantik maka di sana pastinya akan berlaku banyak penyelewengan sama ada dari sudut kuasa atau harta atau keagamaan atau pentadbiran. Justeru itulah banyak kita dapati dalam kes pemimpin yang tidak berkelayakan dan tidak amanah maka berlakulah rasuah, kezaliman, rampasan kuasa, skandal seks dan sebagainya. Yang mana semua itu terkandung dalam erti kata al-sa’ah iaitu kehancuran.

Disebabkan jawatan pemimpin itu satu amanah rakyat dan besar tanggungjawabnya, maka Nabi s.a.w membawa ancaman sekiranya perlantikan pemimpin itu bukan dari kalangan orang yang betul-betul layak, maka tunggu sajalah saat kehancuran.

MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
-MUJAHID ISLAM-

Penyelarasan Semula Subsidi: Siapa Untung ?

Penulis Tamu - Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .

2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo .

3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .

4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .

5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak . Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya . Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka . Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu , bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati .

6. Ingat , rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini , Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [ untuk setiap 40 liter ] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .

7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini , kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu .

8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya . Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara . Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil , di darat mahupun laut .

9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan ." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara , kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara .

10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat . Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO , kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan .

11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang , mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka .

12. Tidak mustahil , ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik , meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka . Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri , menyeludup dan sebagainya . Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral .

Harussani semakin bercelaru.....!!!

oleh Drs. Khalil Idham Lim

6 Syaaban 1431.

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Nampaknya dia semakin bercalaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar.

Katanya sebagai dipetik dalam Malaysiakini "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari kelmarin.

Satu perkara yang mengejutkan bila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahatya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh belia dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya.

Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polimik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Sebelum ini Ust.Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

“Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul,” kata Ahmad Awang sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

“Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya,” katanya.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui – dalam perbualan telefon dengan Harussani – mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah “zalim” termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) – lebih kurang 10 minit itu – beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

“(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam,” katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

“Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

“Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat,” katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani “mati akal” untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur. Harussani sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan UMNO yang "sesat " itu.

Atau kalau dia berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Shafei Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat!!! Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafei.

Berani ? buatlah kalau engkau berani wahai Harussani.......

22 JULAI | KONSERT AMAL DI INSANIAH


Khamis, 1 Julai 2010

PERBEZAAN ANTARA 2 KELUARGA PEMIMPIN ISLAM


Nisbah 1:40 igauan UMNO

ALOR SETAR - Jurang yang sangat besar dalam kalangan Melayu yang tidak mendaftar sebagai pemilih hanya menjadi kebimbangan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu memerlukan pengundi Melayu untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, senario itu tidak merunsingkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kerana yakin jurang itu tidak akan menjejaskan undi PR memandangkan sebahagian besar pengundi PR terdiri daripada bukan Melayu.

“Saya berpendapat hanya BN yang risau mengenai jurang ini kerana mereka memerlukan sokongan orang Melayu, memandangkan sokongan bukan Melayu kini lebih memihak kepada PR. Saya percaya pengundi bukan Melayu yang menyokong PR adalah sebahagian daripada nisbah 40 itu,” katanya kepada media, selepas menyaksikan majlis menandatangani (MOU) antara Kolej Universiti Insaniah dan Kolej Islam Darul Ulum (Kidu) Pokok Sena dengan Universiti Scandinavia, cawangan Beirut.

Azizan mengulas kajian oleh Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO yang mendedahkan pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Ditanya sama ada nisbah yang besar itu akan memberi kesan kepada pilihan raya akan datang, Azizan berkata, PR tidak pernah membezakan pengundi berdasarkan komposisi kaum, sebaliknya kerisauan itu membelenggu UMNO kerana mereka adalah sebuah parti yang menjurus kepada sentimen perkauman.

“Kami tidak pernah gusar berkenaan jurang nisbah itu kerana yakin pengundi kami adalah dari pelbagai kaum. Berbeza UMNO, yang kini ketandusan sokongan Melayu, mereka anggap jika orang Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih, orang Melayu tidak akan undi UMNO. Ini kerana mereka sedar bukan Melayu tidak akan mengundi mereka,” katanya.

Azizan berkata, untuk merapatkan jurang itu selain meningkatkan jumlah pengundi baru, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disarankan supaya menggunakan pendekatan lebih berkesan, dengan melaksanakan daftar pemilih secara automatik.

“Sekiranya daftar pemilih secara automatik dilaksanakan setelah usia mencecah 21 tahun, ianya lebih telus dan memudahkan proses pendaftaran pemilih. Sebelum ini kita ada bagi cadangan buat daftar pemilih automatik tetapi tidak dipersetujui SPR. Saya percaya jika dilaksanakan, semua orang tidak pening kepala, sebab ia memudahkan kerja banyak pihak,” katanya.

Mengulas mengenai kesediaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang akan berkempen menyedarkan golongan muda untuk mendaftar sebagai pemilih, Azizan berkata, itu hak badan itu untuk turut serta namun mereka hendaklah telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Azizan turut berasa bangga apabila SPR menyatakan DAP adalah parti paling agresif membuat pendaftaran pengundi baru, berbanding parti politik lain.

“Saya harap bukan DAP sahaja agresif, semua kena aktif. Kempen Pas pun aktif sehingga kita dapat tawan lima negeri pada pilihan raya umum lepas. Cuma kita bukannya gemar hebohkan strategi kempen berbanding parti lawan,” katanya.

Separuh Akhir Piala MB : Kbg Rotan Vs Bkt Selambau