WELCOME

Isnin, 28 Februari 2011

“Jangan terima kasih Kerajaan Negeri, ini duit rakyat!”

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan dalam nada yang berbeza dari pihak lain yang sering mendabik dada bahawa segala bantuan untuk rakyat seolah-olah duit pemimpin kerajaan.

Beliau memberitahu bahawa peruntukan yang digunakan untuk membawa pelajar Kedah kembali menyambung belajar di Mesir adalah wang rakyat. Ia adalah hasil dari pelbagai cukai dan keuntungan hasil balak, ladang-ladang dan pelbagai keuntungan lain menerusi anak syarikat kerajaan seperti Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman, Kulim Hitech Park dan lain-lain.

“Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa,

“Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,” katanya.
Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.

Sewa tiga pesawat hantar pelajar Mesir pulang, duit poket RM500

ALOR SETAR, 27 Februari - Lebih 800 pelajar dari pelbagai universiti di Mesir bersama keluarga masing-masing berkongsi kegembiraan apabila Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan penajaan mereka balik ke Mesir bagi meneruskan pelajaran.

Para pelajar ini pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid disebabkan rusuhan kumpulan penentang kerajaan Mesir bagi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tempoh hari.

Kegembiraan yang terpancar di wajah para pelajar serta ibu bapa mereka bertambah-tambah apabila YAB Dato’ Seri Ustaz Azzian mengumumkan setiap pelajar berkenaan akan menerima RM500 sebagai wang belanja atau duit poket.

Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah (Yink) dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.

Dalam ucapannya YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ujarnya, Kerajaan Negeri telah menyewa tiga pesawat Egypt Air untuk membawa para pelajar ini dengan empat penerbangan mulai 5 hingga 10 Mac ini. Penerbangan pertama pada 5 Mac ini membawa 224 pelajar diikuti penerbangan kedua seramai 222 pelajar, ketiga 222 pelajar dan selebihnya menerusi penerbangan ke empat.

“Kamu semua balik dan bersiap-siap datang pada 5 Mac ini berkumpul di Wisma Darul Aman dan bertolak dari sini ke KLIA, bye! bye di sini,” katanya disambut dengan tepukan kegembiraan seluruh hadirin.

Namun begitu, katanya, para pelajar terbabit hendaklah menunjukkan passport masing-masing kepada pihak pengurusan iaitu Yink bagi memastikan kepulangan mereka adalah menerusi Ops Piramid dan bukan secara kebetulan balik bercuti atau pulang melangsungkan perkahwinan.

Ahad, 27 Februari 2011

Khamis, 24 Februari 2011

SEMPADAN KETAATAN

Hadith:

Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komanden mereka. Setibanya di suatu tempat, komanden tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:Kita harus lari dari api itu. Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bersabda:Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti. Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.
 
Huraian Hadith: 
 
Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Manakala kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan seharusnya tidak ada hijab yang menghalangnya. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus akan memberikan kita gambaran sejauh manakah sesuatu perintah seseorang ketua itu wajib ditaati.
 
Sekadar pertimbangan akal semata tidak ada jaminan yang sesuatu perintah itu wajib dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional juga tidak memadai. Sekadar berpandukan orang ramai yang juga melakukannya juga belum ada jaminan ia selari dengan syarak. Justeru hanya sifat manusia yang memiliki jiwa hamba yang tinggi yang akan patuh dan taat kepada perintah Allah. Keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilih jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.
 

Rabu, 16 Februari 2011

WACANA INFORMASI

Nik Aziz: Allah Maha Besar, bukan Melayu, Cina, India

Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam.

NONE"Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.

"Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India," kata Nik Abdul Aziz (kiri).

Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.

Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.

mahathir and malay peopleSambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara.

"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama," kata Nik Aziz.

Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa "kegagalan" dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana.

"Kenapaa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?" soal Nik Aziz.

50 tahun Perintah Negara.. cuma 3 orang saja..??

tu dia hangpa kalau nak detail klik gambarlah..

Alahai BN Kedah - Nak kata apa lagi untuk buat semangat.. Takan nak kata tak mampu dah..!!

BN yakin tawan semula Kedah
KULIM - Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yakin Barisan Nasional (BN) akan menawan semula Kerajaan Negeri yang kini diterajui Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Abdul Aziz berkata, Majlis Perjumpaan Empat Sayap BN Parlimen Kulim Bandar Baharu yang dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah itu bertujuan memperkasakan empat sayap UMNO antaranya, Pemuda, Wanita, Puteri dan Bahagian sebagai persediaan menghadapi PRU.

Beliau tidak menafikan sehingga kini sokongan diberikan terhadap BN semakin baik dan ini merupakan petunjuk rakyat akan terus memberikan kepercayaan sekali lagi kepada BN untuk menerajui Kerajaan Pusat.

“Di bawah pentadbiran PR, tiada sebarang pembangunan dibuat. Selain itu, masalah seperti sampah dan air tidak dapat diselesaikan.

“ Rakyat hari ini semakin cerdik memilih kerajaan yang mampu membawa kepada peningkatan dan ekonomi negara, “ katanya ketika berucap pada majlis itu di Dewan Perpaduan dan Integriti Kulim.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak banyak membawa perubahan selain menjadikan slogan 1Malaysia itu satu realiti. Ia juga memberi keyakinan kepada pengundi untuk terus memberikan sokongan kepada BN.

Mengulas masalah cantas-mencantas dalam UMNO Aziz berkata, ia sudah berlarutan sekian lama dan masalah itu tidak akan mengganggu gugat calon bertanding.

Menurutnya, pengundi atas pagar memainkan peranan memastikan kemenangan BN.

“Beberapa pilihan raya kecil dijalankan sebelum ini menunjukkan masyarakat India sudah mula memberikan sokongan kepada BN. Ini juga mempengaruhi jumlah pengundi BN dalam PRU akan datang.

“Sehingga kini pelbagai bantuan dan kemudahan diberikan dan ini mempertingkatkan kepercayaan pengundi kepada BN," katanya.

Abdul Aziz berkata, BN harus turun padang dan bekerja untuk memastikan kepercayaan rakyat terus kekal.

“Selain itu UMNO Kedah mempunyai Pengerusi Badan Perhubungan yang berpengalaman. Ahmad Bashah berpengalaman menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak beberapa penggal. Dengan kepakaran yang ada, saya percaya, Wisma Darul Aman akan menjadi milik kita semula” katanya.

Rabu, 9 Februari 2011

BN terbukti Pandai Memerintah : Depa hasil RM8juta Azizan cuma RM53juta sahaja..!! hehe

Eishhh biaq betoi Azizan nie.... depa kata dia tak tera perintah negeri... depa kata dia lebai kampung.... dalam depa dok kata tu pon dapat hasil sampai terra nie.. lantak hangpa la nak kata apa... janji dari duit hasil nie dah dapat recover banyak dah antaranya cukai pintu & tanah yg MB lama penaik sampai 300% tuu... serta dah dapat bagi buat Skim Kifalah RM500 bila mati dan lagi dapat penaik elaun JKM sebanyak 100%.. nak nafi apa lagik....

Perghh Bela ikan Puyu pun mampu dapat sampai RM40000

Projek ternak puyu pulangan lumayan
SINGKIR LAUT - Koperasi Pembangunan Negeri Kedah Berhad dengan kerjasama Bumi Great Resources Sdn Bhd melancarkan projek ternakan ikan puyu yang disertai sembilan koperasi dalam daerah ini yang mampu memberi pulangan sebanyak RM40,000 bagi setiap lima bulan.

Projek yang bertempat di Singkir Laut ini melibatkan sejumlah 165,000 anak ikan pada fasa pertama dan jumlah itu akan meningkat dari masa ke semasa selepas pembinaan kolam baru pada fasa seterusnya.

Pengarah projeknya, Mohd Nasaruddin Abu Hasan berkata, projek tersebut bawah program ‘Contact Farming’.

“Sebanyak dua kolam dibina khas untuk projek penternakan ikan puyu ini dan anggaran kos untuk projek ini pula adalah bernilai RM80,000,” katanya.

Tempat penternakan strategik

Menurut Mohd Nasaruddin, tapak projek terletak di tempat yang strategik dan mampu memberikan persekitaran lebih baik kepada ternakan ikan puyu sekaligus mengurangkan risiko kematian.

“Tempat ini strategik kerana saliran air boleh diperoleh dari bukit dan sistem perparitan juga sempurna. Selain itu, projek ini turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti elektrik, air, telefon dan tempat pengurusan projek.

“Perkara ini mampu menghasilkan kualiti penjagaan yang baik dan pastinya akan dapat menghasilkan ternakan yang lebih berkualiti,” katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, projek ternakan ikan puyu berpotensi untuk memberikan pulangan kepada koperasi yang melabur.

“Ramai tidak sedar bahawa puyu mempunyai rasa sedap dan isinya lembut. Disebabkan itu, ia mendapat permintaan tinggi dari pembeli dan pemborong.

“Selain itu, ternakan puyu ini juga berpotensi berikutan permintaan tinggi dari pasaran luar seperti Thailand,” katanya.

Pelepasan pertama 80,000 benih puyu

Sementara itu, Mohd Nasaruddin berkata, pelepasan benih puyu peringkat pertama pada 23 Disember tahun lalu.

“Pada tarikh itu, beberapa wakil dari koperasi yang melabur telah melawat kolam yang bakal untuk penternakan puyu ini.

“Wakil dari Bumi Great Resources Sdn Bhd, Fauzi Mohd Yunus turut memberikan penerangan kepada wakil koperasi mengenai cara penternakan puyu dengan betul,” katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, pada peringkat pertama, sebanyak 80,000 benih ikan puyu dilepaskan pada kolam pertama.

“Benih puyu ini didatangkan khas dari Thailand berukuran 1 sehingga 2 inci. Benih Thailand ini mampu menghasilkan puyu yang lebih besar dan pastinya mendapat pasaran di negara luar,” katanya.

Menurutnya, pelepasan benih puyu peringkat kedua pula adalah pada 26 Disember lalu.

“Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kedah, Zainun Hamzan Stapa turut hadir bersama wakil koperasi lain untuk melepaskan benih puyu peringkat kedua.

“Kira-kira 70,00 benih ikan puyu telah dilepaskan pada kolam yang kedua. Jumlah keseluruhan puyu pada kedua-dua kolam adalah 150,000. Tambahan 15,000 benih ikan puyu adalah bonus dari pihak Great Resources Sdn Bhd,” katanya.

Menurutnya, pelabur tidak perlu risau mengenai pasaran kerana perjanjian telah termeterai untuk memastikan pasaran ini akan dieksport ke Thailand.

“Selepas ikan puyu mencapai usia matang, semua akan dipasarkan ke Thailand. Jumlah pendapatan dianggarkan RM120,000. Jumlah perbelanjaan pula adalah RM80,000. Maka, untung bersih dianggarkan kira-kira RM40,000 selepas ditolak kos lain,” katanya.

Terdapat pelbagai khasiat

Ikan puyu mempunyai pelbagai khasiat antaranya adalah untuk meningkatkan tenaga lelaki.

Mohd Nasaruddin berkata, bagi wanita pula, ikan puyu mampu melambatkan proses penuaan dan dapat menahan dari serangan penyakit.

Menurutnya, sekiranya fasa ini berjaya seperti yang dirancang, pihaknya akan menambahkan lagi pelaburan untuk kolam baru dengan penglibatan lebih banyak koperasi.

Mohd Nasaruddin berkata, sekiranya dibenarkan Kerajaan Negeri dan tuan tanah, pihaknya akan menjadikan tempat ini sebagai Agro Tourism.

“Kita telah merancang untuk mewujudkan kolam memancing, restoran terapung, chalet dan penglibatan orang kampung dengan menyediakan homestay,” katanya

Itu la ko Ng Yen Yen siapa suruh cari pasal dengan Azizan.. kan dah kena smash..!!

Pelancongan di Kedah menggalakkan, Azizan jawab Ng Yen Yen
ALOR SETAR, 9 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan kemasukan seramai 50 ribu pelancong ke Langkawi sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini membuktikan permintaan terhadap pusat pelancongan tersebut adalah menggalakkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Sei Dr.Ng Yen Yen yang menyelar kerajaan negeri Kedah kononnya kemasukan pelancong ke negeri tersebut merosot.

Menurut Azizan, alternatif bagi menampung kekurangan penginapan sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan pembinaan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai 300 bilik di Langkawi.

Hotel yang akan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Permodalan Kedah Berhad atau PKB ini mampu untuk mengatasi masalah kekurangan tempat penginapan kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Katanya lagi bagi merealisasikan perkara tersebut, pembinaan hotel bajet juga menjadi fokus utama kerajaan negeri bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong tempatan dengan harga yang berpatutan.

Azizan berkata, menjadi harapan utama kerajaan negeri untuk menjadikan Langkawi sebagai sebuah bandar raya pelancongan yang terkenal dalam negara ini.

Disamping itu pulau lagenda ini juga diharapkan akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara khususnya sebagai pusat kesihatan pelancong peringkat antarabangsa tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Ng telah membidas kerajaan negeri Kedah apabila beliau menyifatkan jumlah pelancong ke negeri Kedah merosot walaupun peruntukan bagi pelancongan dalam Rancangan Malaysia ke-9 adalah tinggi.

Isnin, 7 Februari 2011

Susu Tin laa pulak - RM2.30, RM2.70, RM2.80 dan RM3.50,

Giliran Kedah pula
ALOR SETAR - Masalah kekurangan minyak masak di negeri ini kembali pulih namun kenaikan harga susu pekat manis yang dilaporkan berlaku di Pulau Pinang, turut melanda negeri ini.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai runcit di sini mendapati satu tin susu pekat manis dijual pada harga berbeza iaitu RM2.30, RM2.70, RM2.80 dan RM3.50, bergantung kepada jenama susu terbabit.

Peniaga, Azman Hussain, 45, berkata, kenaikan harga susu pekat manis itu berlaku sebelum sambutan Tahun Baru Cina lagi.

“Selepas itu, tidak ada lagi kenaikan, tetapi saya ada mendengar desas-desus menyatakan harga Milo akan naik selepas Tahun Baru Cina,” katanya.

Sementara itu, pengguna, Rohaya Salleh berkata, kenaikan harga susu pekat manis hanya diketahuinya apabila membeli barang keperluan harian.

“Akhir Januari lalu, harga bagi satu tin susu yang saya beli ialah antara RM1.80 hingga RM2 sahaja, tetapi minggu ini harganya sekitar RM2.50 hingga RM3.50,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Mohd Sakri Salleh ketika dihubungi berkata, sehingga semalam tiada sebarang aduan berhubung kenaikan harga susu pekat manis.

“Bagaimanapun, jika berlaku kenaikan ia mungkin disebabkan kekurangan bekalan kerana masalah penghantaran bekalan khususnya di kedai runcit yang tergendala memandangkan ramai yang bercuti panjang Tahun Baru Cina.

“Mungkin kenaikan hanya berlaku di kedai runcit dan tidak melibatkan pasar raya besar,” katanya.

Ditanya mengenai bekalan minyak masak yang sebelum ini berkurangan, Mohd Sakri berkata, bekalan minyak masak di negeri ini sudah pulih.

“Walaupun bekalan sudah pulih tetapi kuantiti pembelian dihadkan, sehingga hujung minggu lalu seorang individu hanya dibenarkan membeli sehingga lima kilogram minyak masak.

“Kawalan masih perlu dibuat bagi mengelakkan ada pihak yang mengambil kesempatan membeli dalam kuantiti yang terlalu besar sehingga boleh menjejaskan bekalan sedia ada,” katanya.

Jika dalam negara ianya BIADAP..tapi jika diluar......!!!

‘Kenyataan berat sebelah’

ALOR SETAR - Tindakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mengecam Pas dan PKR kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina sebagai berat sebelah dan berbaur perkauman.

Naib Pengerusi PKR Kedah, V Arumugam berkata, sekiranya Keng Liang benar-benar meletakkan kepentingan menghormati perayaan sesuatu kaum sebagai asas penghujahan, beliau seharusnya memprotes tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di Galas pada 4 November lalu, sehari sebelum perayaan Deepavali yang disambut kaum India.

Arumugam berkata, Keng Liang tidak seharusnya melihat sesuatu perkara berdasarkan kepentingan parti dan kaum tertentu, sebaliknya perlu telus dan meneliti kepentingan semua pihak.

“Adakah disebabkan demonstrasi itu berlaku pada sambutan Tahun Baru Cina dan dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR), tindakan itu dianggap biadab? Sekiranya perkara sama berlaku pada hari perayaan lain dan dibuat Kerajaan Pusat, adakah Keng Liang akan mengecamnya atau hanya membisu?

“Saya minta Keng Liang lebih matang dan adil dalam mengeluarkan kenyataan kerana tindakan beliau akan mencerminkan Gerakan sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina dan bukan semua kaum,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Keng Liang mengecam Pas dan PKR kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina, perayaan utama di negara ini yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.

Atas sebab itu, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin Pas dan PKR serta ahlinya mengadakan demonstrasi sebelum ini bagi menyokong gerakan prodemokrasi di Mesir.

19 FEB | MUNAJAT DAN CERAMAH PERDANA

http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TU_1ML-1fEI/AAAAAAAAEew/lCv8sERwc-c/s1600/2011-02-07_213500.jpg

Rabu, 2 Februari 2011

SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA

PENGUMUMAN:

Layari web di bawah untuk mengetahui serba sedikit perkembangan pelajar kita di negara Firaun itu. Kebanyakan pelajar mengambil inisiatif sendiri untuk keluar dari Mesir supaya tidak terperangkap dengan situasi yang berbahaya sekarang ini.
 
 
SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA


Kami adalah jawatankuasa perhubungan sementara pelajar Mesir dengan Malaysia, berkhidmat secara sukarela untuk:
1. Memberi maklumat terus (direct) kepada rakyat Malaysia berkenaan keadaan rakyat dan pelajar kita di Mesir.


2. Menjadi jambatan (bridge) dalam perhubungan antara rakyat kita di sana dengan tanah air.

3. Membantu pihak kerajaan terutamanya Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dalam mengumpulkan maklumat pelajar Mesir yang telah selamat sampai di Malaysia.

4. Kemaskini tentang maklumat pengajian di universiti dan keadaan keseluruhan di Mesir.

Ketua : Azizi Al Fahri (013-5010365)
Timbalan : Nurul Nadia Md Zin (017-3193923)
Setiausaha: Azhar Hamzah (0197461059),
Aina Sakinah (016-6947899),
Akmal Aziz (019-3521003)

PIDATO PERDANA

BERSAMA ABG MAT SABU

JOM PI KULIAH DI SRI MENTALOON