WELCOME

Isnin, 28 Februari 2011

“Jangan terima kasih Kerajaan Negeri, ini duit rakyat!”

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan dalam nada yang berbeza dari pihak lain yang sering mendabik dada bahawa segala bantuan untuk rakyat seolah-olah duit pemimpin kerajaan.

Beliau memberitahu bahawa peruntukan yang digunakan untuk membawa pelajar Kedah kembali menyambung belajar di Mesir adalah wang rakyat. Ia adalah hasil dari pelbagai cukai dan keuntungan hasil balak, ladang-ladang dan pelbagai keuntungan lain menerusi anak syarikat kerajaan seperti Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman, Kulim Hitech Park dan lain-lain.

“Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa,

“Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,” katanya.
Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan