WELCOME


Rabu, 16 Februari 2011

Alahai BN Kedah - Nak kata apa lagi untuk buat semangat.. Takan nak kata tak mampu dah..!!

BN yakin tawan semula Kedah
KULIM - Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yakin Barisan Nasional (BN) akan menawan semula Kerajaan Negeri yang kini diterajui Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Abdul Aziz berkata, Majlis Perjumpaan Empat Sayap BN Parlimen Kulim Bandar Baharu yang dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah itu bertujuan memperkasakan empat sayap UMNO antaranya, Pemuda, Wanita, Puteri dan Bahagian sebagai persediaan menghadapi PRU.

Beliau tidak menafikan sehingga kini sokongan diberikan terhadap BN semakin baik dan ini merupakan petunjuk rakyat akan terus memberikan kepercayaan sekali lagi kepada BN untuk menerajui Kerajaan Pusat.

“Di bawah pentadbiran PR, tiada sebarang pembangunan dibuat. Selain itu, masalah seperti sampah dan air tidak dapat diselesaikan.

“ Rakyat hari ini semakin cerdik memilih kerajaan yang mampu membawa kepada peningkatan dan ekonomi negara, “ katanya ketika berucap pada majlis itu di Dewan Perpaduan dan Integriti Kulim.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak banyak membawa perubahan selain menjadikan slogan 1Malaysia itu satu realiti. Ia juga memberi keyakinan kepada pengundi untuk terus memberikan sokongan kepada BN.

Mengulas masalah cantas-mencantas dalam UMNO Aziz berkata, ia sudah berlarutan sekian lama dan masalah itu tidak akan mengganggu gugat calon bertanding.

Menurutnya, pengundi atas pagar memainkan peranan memastikan kemenangan BN.

“Beberapa pilihan raya kecil dijalankan sebelum ini menunjukkan masyarakat India sudah mula memberikan sokongan kepada BN. Ini juga mempengaruhi jumlah pengundi BN dalam PRU akan datang.

“Sehingga kini pelbagai bantuan dan kemudahan diberikan dan ini mempertingkatkan kepercayaan pengundi kepada BN," katanya.

Abdul Aziz berkata, BN harus turun padang dan bekerja untuk memastikan kepercayaan rakyat terus kekal.

“Selain itu UMNO Kedah mempunyai Pengerusi Badan Perhubungan yang berpengalaman. Ahmad Bashah berpengalaman menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak beberapa penggal. Dengan kepakaran yang ada, saya percaya, Wisma Darul Aman akan menjadi milik kita semula” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan