WELCOME


Selasa, 24 Mei 2011

JOM DEMO DEMI MENYATAKAN HAK KITA

PARIT PANJANG - Tetap prihatin walau sakit

Tetap prihatin walau sakit

PARIT PANJANG - Pesakit lumpuh, Abdullah Saud, 69, begitu sensitif setiap kali mendengar berita mengenai kesakitan orang lain sehingga menitiskan air mata walaupun dia sendiri tidak mampu bergerak.

Anaknya, Jamalludin Abdullah berkata, ayahnya bukan saja sensitif mendengar kesakitan orang lain tetapi turut tersentuh setiap kali masyarakat luar menziarahinya.

“Semasa ayah sihat, dia seorang yang sangat prihatin terhadap masyarakat luar. Kini, dia sakit dan orang lain pula yang menziarahinya.

Menurutnya, kecekalan ayahnya membesarkan 14 adik-beradiknya sehingga berjaya membuatkan kami begitu peka terhadap kesihatan ayah.

“Ramai yang menyarankan saya supaya meminta bantuan, tetapi saya dan adik-beradik mempunyai prinsip tersendiri iaitu tidak suka meminta selagi mampu.

“Walaupun susah, kami akan membantu ayah dan paling penting ini masa untuk membalas jasa ayah,” kata Jamalludin yang juga anak kelima daripada 14 adik-beradik.

Abdullah Saud yang lumpuh separuh badan bahagian kanan itu kini hanya bergantung kepada anak dan isterinya untuk keperluan hariannya.

“Kami sudah membawa ayah menjalani rawatan tradisional sebanyak lima kali, namun tiada sebarang perubahan berlaku terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling, Datuk Azamudden Md Taib yang datang menziarah turut mendoakan dan memberi sedikit petua kepada Mohd Saud untuk kembali pulih

“Saya berharap Mohd Saud bersabar dengan ujian Allah dan pastinya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku,” katanya selepas menyampaikan buah tangan kepada Abdulah Saud di Kampung Parit Panjang baru-baru ini.

26.5 | MB Kedah bersama rakyat Padang Terap

 

Jumaat, 13 Mei 2011

HIMPUNAN 10 RIBU


HIMPUNAN 10 RIBU JENTERA PILIHAN RAYA PEMUDA PAS KELANTAN
(10K Pemuda PAS Kelantan)

:: 20 Mei 2011 (Jumaat)
:: Bermula Jam 3.00 Petang - 11.00 Malam
:: Di Padang Perdana, Kota Bharu
:: Antara Acara Majlis
i) Amanat Pimpinan
ii) Penampilan & Persembahan Istimewa Bob Lokman
iii) Baca Quran Beramai-ramai (100 Kali Khatam)
iv) Solat Hajat

Tolak UMNO! Islam Selamat

Khamis, 12 Mei 2011

Program Tarbiah Membentuk Pemuda Soleh (Cuti Sekolah) -Anjuran Persatuan Pelajar Tuan Guru Hj Salleh Sik -DAFTAR SEGERA!

Program Tarbiah Membentuk Remaja Soleh
28-29Mei 2011
(Cuti Sekolah)
" Cuti Sekolah kali ini jangan buang masa , Jom Mantapkan Aqidah"
Di Resort Bendang Man


Program Untuk Remaja semperna Cuti Sekolah Anjuran Persatuan Pelajar Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah . 
Kelebihan Program : 
Memberi kefahaman Islam yang mantap pada para pelajar .
Padat dengan pogram tarbiah .
Dipimpin oleh Ustaz-Ustaz yang berpengalaman . 
Menyuntik semangat jihad dikalangan remaja .   
Sausana Alam Semula jadi yang indah .     
                     
                                TENTATIF PROGRAM

                                                                       28-05-2011(Sabtu)
  • 08.00 pagi: Pendaftaran
  • 09.00 Pagi: Taklimat
  • 09.30 Pagi: Sarapan
  • 10.00 Pagi: Mula Program
  • 11.00 Pagi: Bengkel Pemantapan Solat
  • 12.00 T/hari: Rehat
  • 01.30 Ptg: Solat Zohor
  • 02.00 Ptg: Kuliah Di Pimpin Oleh Ustaz Helmi
  • 02.45 Ptg: Rehat
  • 03.00 Ptg: Bengkel Pemantapan Solat
  • 04.00 Ptg: Rehat
  • 04.30 Ptg: Solat Asar
  • 05.00 Ptg: Riadhah
  • 06.40 Ptg: Rehat
  • 07.30 Mlm: Solat Maghrib
  • 08.00 Mlm: Kuliah Maghrib Di Pimpin Oleh Tuan Imam Hj. Ibrahim b Hj. Ahmad.                       Tajuk (Remaja Masa Kini Pemimpin Masa Hadapan)
  • 08.45 Mlm: Solat Isyak
  • 09.15 Mlm: Motivasi ( Tayangan Video Selamatkan Palestin @ Marhaban)
  • 10.30 Mlm: Rehat
  • 10.45 Mlm: Bengkel Pemantapan Feqah
  • 11.30 Mlm: Muhasabah
  • 12.00 Tgh Mlm: Rehat

                                                                         29-05-2011(Ahad)
  • 05.00 Pagi: Tahajud
  • 06.00 Pagi: Solat Subuh
  • 06.30 Pagi: Kuliah Subuh Di Pimpin Oleh Ustaz Jemputan
  • 07.30 Pagi: Sarapan
  • 08.00 Pagi: Senaman Pagi
  • 09.00 Pagi: Mandi
  • 09.30 Pagi: Pemantapan Tauhid
  • 10.15 Pagi: Rehat
  • 10.30 Pagi: Ceramah Di Pimpin Oleh Ustaz Zamri Tajuk: Menerap Nilai-Nilai Perjuangan
  • 11.30 Pagi: Bengkel Pemantapan Akhlak
  • 12.15 T/hari: Rehat
  • 01.30 Ptg: Solat Zohor
  • 02.00 Ptg: Bengkel Post Mortem (Kaji Selidik)
  • 02.30 Ptg: Ceramah Di Pimpin Oleh Tuan Imam Hj. Azmi Tajuk: Pemuda Soleh Pemimpin Ummah
  • 03.00 Ptg: Perasmian & Penutup. Ucapan Perasmian PenutupOleh YB Che Uda b Che Nik, Ahli Parlimen Sik
  • 04.00 Ptg: Bersurai
Yang Berminat Hubungi
Tarmizi : 013 4266605
Amin :013 5856515
Saya : 013 4044259

Khamis, 5 Mei 2011

Ini dia punca Rebat Cukai Tanah UUM ditolak K'jaan Negeri

BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu untuk menjelaskan cukai.

Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah ‘ala UUM’ untuk meminta rebat cukai.
Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan ‘precedent case’ atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?

Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.

Jika pihak UUM masing ‘membuat bising’ kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.

USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya ‘double standard’ kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat ‘gila-gila’ itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.

Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.

Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka ‘eloklah’ mereka meneruskan niat busuk tersebut.

Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?
Jawapannya begini:

1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)

2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat kini namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.

3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.

4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin

Negeri UMNO pun mana bagi rebat kat pusat pengajian dalam negeri depa pasai pa pulak kita nak bagi rebat kat UUM..bayaq laa oi..!!

Selasa, 3 Mei 2011

CERAMAH PERDANA DI SANA SINI


-JOM PAKAT PI RAMAI2-

UMNO Kuala Kedah lagi... kini pemohong bab manifesto Kedah pula..!!



Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah Dato’ Jamil Idross dalam satu ceramah politik di Kuala Kedah berkata, PAS mungkir janji. Dalam manifesto pilihanraya dulu janji nak bagi dekat warga emas RM300 seorang. Bila menang haram tak bagi pun.

Bang Men oii, hang ambik tang mana ‘manifesto PAS’ tu. Aku belek manifesto PAS hak ori ataih bawah, depan belakang tak jumpa pun ayat yang hang pi dok ceramah depan 255 orang ahli UMNO masuk UMNO baru-baru ni.

Ada dua kemungkinan dari kenyataan bohong Bang Men tu:

1) Bang Men bersyarah depan orang UMNO, dia anggap jenih UMNO ni kalau kata taik kambin tu buah gheyang pun depa akan makan, sebab pecaya bulat-bulat apa pemimpin atas depa kata. Maknanya, Bang Men anggap ahli UMNO ni buleh ditipu bila-bila masa.

2) Dia tak pernah tengok pun manifesto PAS jadi dia minta manifesto tu kat Sobri Sudin. Jadi manifesto hak dia baca tu karya Sobri Sudin yang telah direka & putarbelit, bukan manifesto hak ori punya. Untuk maklumat Bang Men tak dak dalam manifesto PAS janji nak bagi warga emas seorang RM300.

Fitnah, tipu, bohong, putarbelit dah jadi rukun UMNO. Kalau rakyat masih nak percaya UMNO sama macam pakat ikut depa pi terjun kolam taik. Jangan jadi bodoh.

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Mei: “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M