WELCOME


Selasa, 24 Mei 2011

PARIT PANJANG - Tetap prihatin walau sakit

Tetap prihatin walau sakit

PARIT PANJANG - Pesakit lumpuh, Abdullah Saud, 69, begitu sensitif setiap kali mendengar berita mengenai kesakitan orang lain sehingga menitiskan air mata walaupun dia sendiri tidak mampu bergerak.

Anaknya, Jamalludin Abdullah berkata, ayahnya bukan saja sensitif mendengar kesakitan orang lain tetapi turut tersentuh setiap kali masyarakat luar menziarahinya.

“Semasa ayah sihat, dia seorang yang sangat prihatin terhadap masyarakat luar. Kini, dia sakit dan orang lain pula yang menziarahinya.

Menurutnya, kecekalan ayahnya membesarkan 14 adik-beradiknya sehingga berjaya membuatkan kami begitu peka terhadap kesihatan ayah.

“Ramai yang menyarankan saya supaya meminta bantuan, tetapi saya dan adik-beradik mempunyai prinsip tersendiri iaitu tidak suka meminta selagi mampu.

“Walaupun susah, kami akan membantu ayah dan paling penting ini masa untuk membalas jasa ayah,” kata Jamalludin yang juga anak kelima daripada 14 adik-beradik.

Abdullah Saud yang lumpuh separuh badan bahagian kanan itu kini hanya bergantung kepada anak dan isterinya untuk keperluan hariannya.

“Kami sudah membawa ayah menjalani rawatan tradisional sebanyak lima kali, namun tiada sebarang perubahan berlaku terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling, Datuk Azamudden Md Taib yang datang menziarah turut mendoakan dan memberi sedikit petua kepada Mohd Saud untuk kembali pulih

“Saya berharap Mohd Saud bersabar dengan ujian Allah dan pastinya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku,” katanya selepas menyampaikan buah tangan kepada Abdulah Saud di Kampung Parit Panjang baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan