WELCOME


Rabu, 27 April 2011

MENYANTUNI RAKYAT MARHAEN





Hari ini (Rabu - 27 April 2011):




... Beberapa hamba Allah telah datang berjumpa saya menceritakan akan kedaifan mereka dalam menghadapi hidup ini. Salah seorangnya cacat penglihatan yang memerlukan bantuan sara hidup. Seorang perempuan pula dalam keadaan uzur kerana kesihatan yang tidak stabil.



... Seorang lagi memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan anak ke sekolah (OKU). Yang memerlukan rawatan mesin 'haemodialisis' dengan perbelanjaan sekali RM250.00 x 3 kali seminggu pun memerlukan perhatian dan bantuan.



... Saya memohon semoga Allah memberi saya kekuatan untuk berbakti kepada mereka yang telah menaruh kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka.




... ALLAHU AKBAR !!!!!!!!!!


MASIH SUASANA MAPKB (23 APRIL 2011)





Selasa, 26 April 2011

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BALING (23 APRIL 2011)




VETERAN MUSLIMAT - PN. HJH. KHUZIAH HJ. AHMAD









GILIRAN YDP MENERIMA KERTAS UNDIAN



PENGUNDIAN UNTUK MEMEILIH AJK 2011 - 2013















DEWAN TAK MUAT - DOK LUAR PUN JADI LA





MUSLIMAT



PERWAKILAN





PERASMI (YB. TN. HJ. MOHAMAD SABU)


BERSAMA YB. KUPANG (CIKGU JOHARI)




PERWAKILAN TERTINGGI






ADUN KUALA KETIL (BERBAJU PUTIH)



MANTAN SETIAUSAHA BERSAMA WAKIL PKR



PENGERUSI MAJLIS (UST. ZAWAWI)






WAKIL PKR




PENDAFTARAN DUN KUPANG








PENDAFTARAN DUN KUALA KETIL

PENDAFTARAN DUN BAYU

Ahad, 24 April 2011

JOM UBAH siri 1



1. Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Politik dengan kerjasama DACS akan menganjurkan satu lagi program penting untuk menyemarakkan lagi kebangkitan anak muda ke arah menggerakkan perubahan.

2. Program ini akan berlangsung [insyaallah] pada 19 - 22 Mei 2011 kelak. Tentatif akan dikeluarkan secara rasmi melalui Dewan Pemuda PAS negeri masing - masing.

3. Pendaftaran dan penyertaan boleh berurusan dengan Dewan Pemuda PAS Negeri masing - masing dan akan dimaklumkan sedikit hari lagi kaedah pendaftarannya. Posting ini sebagai makluman awal kepada semua untuk kosongkan tarikh pada 19 - 22 Mei 2011 kelak .

4. JOM UBAH siri 1 : 19 - 22 Mei 2011
JOM UBAH siri 2 : [ Melaka, N.9 dan Johor ] 30 - 31 Julai 2011
JOM UBAH siri 3 : [ Sabah ] 27 - 28 Ogos 2011
JOM UBAH siri 4 : [ Sarawak ] 24 - 25 September 2011
http://www.eperjuangan.com/2011/04/jom-ubah-siri-1.html

JOM PI DENGAQ CERAMAH


Pemilik mempelam Sala boleh jual buah pada Kedah Agro


PENDANG – Rakyat Kedah yang mempunyai pokok mempelam Sala tidak perlu risau apabila berlakunya lambakan buah.

Bagi merealisasikan hasrat Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur, Kedah Agro Holdings Berhad dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek pengumpulan mempelam Sala.

Ketua Pegawai Operasi Kedah Agro, Wan Kharizal Wan Khazim berkata, projek pengumpulan mempelam Sala ini adalah cetusan idea YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan bagi membantu petani memasarkan buah mempelam sala yang menjadi lambakan apabila tiba musimnya.

“Projek pengumpulan ini menjadi jalan penyelesaian kepada isu lambakan.

“Ini tak bermakna kita tak benarkan orang kampung jual kepada orang lain, mereka boleh jual jika ada orang yang menawarkan dengan harga yang lebih tinggi, kita beli RM1 sekilo,” jelas beliau pada taklimat projek pusat pengumpulan mempelam Sala Kedah di Dewan Majlis Daerah Pendang.

Sebanyak sembilan DUN telah dipilih bagi melaksanakan projek ini dan perlu kerjasama Majlis Ketua Kampung/Komuniti untuk memaklumkan kepada penduduk kampung.

Kedah Agro juga membekalkan peti sejuk beku di pusat pengumpulan dan semua yang terlibat menjayakan projek akan menerima imbuhan masing-masing.

“Pendang merupakan destinasi keempat kami beri taklimat ini, semua yang terlibat menjayakan projek ini akan diberi imbuhan, begitu juga dengan tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat pengumpulan, dan rumahnya turut dibekalkan dengan peti sejuk beku.

“Penduduk kampung perlu bawa pelam Sala ke pusat pengumpulan, dicuci, dikupas serta buang biji dan dipekkan dalam beg palstik berisi lima kilogram seterusnya disimpan dalam peti sejuk beku dan Kedah Agro datang ambil isi buah dan dibawa ke kilang pemprosesan untuk dijadikan kordial,” ujar beliau.

Projek pusat pengumpulan adalah langkah bagi mengelak pembinaan kilang pemprosesan yang menelan belanja jutaan ringgit.

“Memandangkan buah pelam Sala ini ada mengikut musim, kita melibatkan orang kampung untuk memprosesnya, kerana jika dibina kilang ianya digunakan bila ada musim saja, kalau tak ada kilang tak beroperasi,” jelas beliau.

Naib Canselor UUM Hina MB Kedah Hanya Layak Urus Sekolah Pondok, Katanya


Alor Setar - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (gambar) digesa memohon maaf terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berikutan kenyataannya kelmarin, yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri.

Desakan itu dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) berikutan kenyataan lantang Dr Mohamed Mustafa yang menyifatkan Azizan hanya layak mengurus sekolah pondok, setelah Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun.Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, DPPNK memandang pandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, beliau tidak sepatutnya bertindak seperti itu,” katanya.

Muhammad Sanusi yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri berhak terima atau tolak permohonan rebat cukai tanah.

“Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Dr Mohamed Mustafa yang mempertikai kemampuan Kerajaan Negeri untuk mengurus UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi, mencecah RM300 juta setahun untuk mengurus 15,000 pelajarnya, Muhammad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduk hanya dengan pendapatan RM500 juta.

“Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan,” katanya.

Muhammad Sanusi turut mempertikai tujuan isu cukai tanah dan bekalan air di UUM dibangkitkan oleh Dr Mohamed Mustafa, memandangkan KPT sebelum ini tidak pernah mempersoal pembayaran cukai tanah terbabit.

Menurutnya, kewibawaan Azizan untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tidak harus dipertikaikan, berikutan beliau berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang IPT.

“Azizan pernah menjadi Ketua Jabatan di UKM, selain antara pengasas UIA dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina. Beliau juga yang memperluas program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh program kepada 42, malah membina kampus induk di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik. -SH

Rabu, 20 April 2011

Nyata Datuk T Pendusta: Rakaman Video Seks Di Kondominium Bukan Di Hotel


Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu. -hm
-----------------------------
Sesungguhnya orang MUNAFIK itu suka berdusta...itulah keadaanya bila akidah tidak bertunjang ...masuk Islam sekadar sedikit habuan dunia...Hai orang2 yang waras hentikan lah permainan ini..sesungguhnya inilah permainan orang2 yang fasik.

Jangan anggap PRU ke-13 lambat lagi

Oleh Abd Shukur Harun

Ada beberapa hal penting yang perlu difikirkan oleh PAS selepas meneliti keputusan pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu. Bukan semata-mata kerana kekalahan semua calonnya di sana, tetapi lebih kepada memikirkan bagaimana PAS membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti

Yang penting difikirkan ialah:
1. Mempelajari sungguh-sungguh keputusan pilihan raya Sarawak itu dan siri kekalahannya dalam pilihan raya kecil yang lain sebelum ini. Apakah aktibar yang dapat diambil dari kekalahan berterusan itu?

2. Bagaimana dengan keupayaan penerangan PAS untuk menghadapi PRU Ke13 nanti. Ini kerana penerangan ialah urat nadi untuk mencapai kemenangan.

3. Bagaimana strategi PAS selepas ini - dengan mempelajari senario pilihan raya di Sarawak minggu lalu – di mana PAS bertanding tanpa strategi dan terlambat pula datang ke negeri tersebut untuk membuat persiapan.

Tentu saja kita telah mendengar dan membaca pelbagai ulasan mengenai keputusan pilihan raya tersebut dan mengetahui sebab-sebab PAS kalah di sana. Bahkah PAS juga sudah mengetahui benar faktor kekalahannya dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Oleh itu PAS wajar secara sungguh-sungguh dan terbuka memikirkan mengenai kekalahan tersebut, justeru kalah menang adalah gerak nafas PAS untuk masa depan. Oleh itu ia hendaklah berusaha sungguh-sungguh memperbaiki kelemahannya?

Dalam pengalaman di Sarawak, PAS - khususnya pemimpin – lambat datang untuk mengatur kempen dan segalanya. Sementara PAS bertanding pula tanpa strategi, bekerja secara ad-hoc dan tidak terancang, sedangkan DAP jauh lebih lama membuat persediaan dan strategi, demikian juga PKR.

Memikirkan semuanya ini bagaimana kiranya tanpa strategi dan persiapan secukupnya kita dengan tiba-tiba dihadapkan dengan PRU Ke-13. Jika ini berlaku sudah tentu PAS menghadapi masalah yang sangat besar.

Dalam hal ini PAS mestilah dilihat sentiasa berpadu erat dalam Pakatan Rakyat justru gabungan ini sedang dilihat oleh rakyat sama ada mampu atau tidak mampu menjadi alternatif kepada BN di masa depan.

Kempen PAS yang nyaring ‘PAS ganti Umno’ mestilah diisi maknanya sebagai gagasan yang mampu direalisasikan. Dalam ini PAS mestilah berwatak nasional, melampaui batas kaum dan dilihat sentiasa peka dengan masalah rakyat. Ia mestilah menjadi badan politik moden, yang melaksanakan kepentingan masyarakat tetapi dalam masa yang sama juga bergerak di bidang dakwah.

Janganlah ada sebarang tanggapan, yang bersifat ‘memujuk hati’, bahawa jika PAS kalahpun, namun kita menang dalam berdakwah iaitu berjaya menyampaikan risalah Islam. PAS perlukan kemenangan kedua-duanya sekali, iaitu menang dalam pilihan raya dan berjaya dalam dakwah. Ini penting.

Kemenangan politik boleh menghantar PAS kepada kuasa dan dengan kuasa akan membuka peluang PAS seluas-luasnya untuk berdakwah dan menjalankan tuntutan Islam tanpa sebarang gangguan. Ini sewajarnya difahami benar-benar oleh pendukung PAS akan maksud politik dakwah, iaitu mengaplikasikan tuntutan syarak bersama tuntutan masyarakat. Semuanya ini seiring dengan kehendak demokrasi dan tidak bercanggah dengan Islam.

Inilah keperluan yang dinamakan siasah syariah dan dengan pemahaman inilah sewajarnya kita berada dalam Pakatan Rakyat.
Dalam suasana dan keadaan masyarakat majmuk di Malaysia, tidak memungkinkan PAS bersendirian menghadapi pilihan raya. Maknanya dengan kekuatan tiga parti dalam Pakatan Rakyat inilah kita mampu menghadapi Barisan Nasional dan jika berjaya boleh memerintah.

Kemengan DAP dan PKR mestilah dirasakan oleh PAS sebagai kemenangan bersama, demikian juga kemenangan PAS dirasakan kemenangan bersama oleh PKR dan DAP.

Kemenangan DAP dan PKR di Sarawak minggu lalu mestilah juga dirasakan seabagi kemenangan bersama Pakatan Rakyat. Semangat setiakawan dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat ini mestilah diperlihat dan direalisasikan dalam semua gerak kerja Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU Ke13 nanti.

Sementara itu media baru, malah yang terbaru – twitter dan facebook akan mengambil peranan center stage – peranan utama – dalam PRU Ke-13 akan datang. Dulu melalui internet, kita hanya menerima maklumat melalui blog dan wabe-site selain sms, tetapi kini dunia maklumat ditambah lagi dengan laman sosial yang baru twitter dan facebook, meninggalkan jauh maklumat dari media cetak dan tv.

Ini semua akan tambah rancak dalam menyambut kedatangan PRU Ke-13 nanti. Pengalaman dalam pilihan raya di Sarawak baru-baru membuktikan pengaruh twitter dan facebook, yang sangat kuat dalam mengalirkan maklumat segera dan terus menerus kepada pengundi di kawasan yang ada akses internet. Malah maklumat ini berkembang dalam masyarakat.

Justeru, PAS mestilah memikirkan persoalan ini dan bagaimana memanfaatkan secara maksima lama sosial yang baru ini. Semuanya ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh PAS untuk menghadapi PRU ke-13.

Sekali lagi ditegaskan, PAS mestilah membuat persiapan dari sekarang walaupun ada pihak yang mengatakan BN tidak mungkin akan mengadakan pilihan raya umum segera berdasarkan keputusan di Sarawak itu di mana undi popular BN merosot lapan peratus.

Sudah pastilah bahawa BN sedang merancang dan akan melakukan pelbagai cara untuk menang dalam PRU ke-13 nanti, di mana ahli-ahli Pakatan Rakyat sangat mengetahui hal ini. Dari itu jangan ada sebarang kelalaian dan jangan juga merasa ‘sedap hati’ kerana kononnya PRU Ke-13 lambat lagi maka bolehlah membuat persiapan secara perlahan.

Untuk menghadapi PRU Ke-13 ini, PAS mestilah dilihat berada di dalam keadaan yang kuat dan terkini dalam Pakatan Rakyat, bersedia menangkis tuduhan berterusan dari komponan BN kononnya PAS menjadi alat DAP dan begitu sebaliknya.

Isu perkauman pula tentunya akan berlanjutan dimainkan menjelang PRU Ke-13. Justeru PAS yang sudah dapat diterima oleh pelbagai kaum dan agama sewajarnya mengambil peranan penting menyerlahkan sebagai parti Islam yang sederhana, sangat seimbang, memancarkan keadilan, kesaksamaan dalam jalur demokrasi di mana dalam semua keadaan ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang menjadi dasarnya

Read more:
http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1K7wJjGvs

Rabu, 13 April 2011

Jawatan Kosong di Pej Zakat Kedah.

Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman merupakan di antara institusi kutipan dan agihan zakat terbaik di Malaysia,kami mempelawa anda sebagai anak kelahiran negeri Kedah dan rakyat Malaysia yang mempunyai kebolehan dan berketerampilan untuk menyertai kami.

Jawatan : Pegawai Zakat (Korporat)
Gred : S 41

Status Jawatan : TetapTarikh Tutup Iklan : 25 April 2011
klik disini untuk download iklan sepenuhnya

Selasa, 12 April 2011

30 APRIL 2011| BERSAMA TUAN GURU PROF. DATO' DR HARUN DIN

Jangan parkir di tempat salah, jika tidak mahu disaman

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)  menasihatkan orang ramai supaya parkir kenderaan masing-masing di tempat yang dibenarkan sahaja jika tidak mahu dikenakan saman.

Demikian diegaskan oleh Penguatkuasa MBAS Encik Saifullizam Othman sebagai mengulas isu saman terhadap pemilik kereta yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, sebaliknya merungut apabila dikenakan saman.

Menurut Saifullizam lebih 3,000 saman kompaun dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan setiap bulan atas pelbagai kesalahan termasuk menghadang lalu lintas dan meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan seperti garisan kuning dan bahu jalan.

“Kebanyakan kesalahan ini dan  kompaun yang dikeluarkan melibatkan kawasan Pusat Bandar  iaitu sekitar Jalan Tunku Ibrahim, Jalan Kolam Air dan berhadapan Pekan Rabu,” katanya.

Tambahnya, pihak MBAS pernah mengeluarkan kompaun sehingga mencecah 5,000 keping sebulan menjelang musim perayaan atau ketika cuti sekolah.

Selain itu terdapat juga kenderaaan dikenakan tindakan ‘clamping’ kerana kesalahan parkir di kawasan salah yang  dianggarkan sebanyak 200 kenderaan dalam sebulan.

“Terdapat tiga jenis tempat parkir utama dibandaraya ini iaitu parkir bermeter, berkupon dan tertutup,” katanya.

Beliau memberitahu kompaun yang dikenakan bagi kesalahan parkir ialah RM20 (dalam tempoh 1-15 hari) dan denda meningkat kepada RM30 selepas 30 hari dan denda RM50 jika mencecah 60 hari.

Bagi motosikal pula, kompaun adalah RM10 (dalam tempoh 1-15 hari), RM20 (16-30 hari), RM30 (31-60 hari) dan sekiranya melebihi 60 hari akan berdepan dengan tindakan mahkamah.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga  sehingga RM2,000. Bagaimanapun, pihak MBAS akan menghantar surat kompaun dan peringatan sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah.

Jika pemilik kenderaan masih tidak endahkan notis tawaran kompaun, barulah mereka dikenakan tindakan mahkamah. Manakala denda  denda bagi kesalahan ‘clamping’ adalah mandatori iaitu sebanyak RM100 tanpa rayuan.

Ahad, 10 April 2011

17 APRIL 2011| CERAMAH UMUM

Wanita bangkit menentang pornografi dalam masyarakat

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

SUNGAI PETANI – Timbalan Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat, Dr Hafidzah Mustakim mengajak kepada kaum ibu di negara ini untuk bangkit menentang akhbar-akhbar pornografi yang boleh merosakkan generasi kanak-kanak dan remaja.

Beliau berkata demikian berikutan sebuah akhbar tempatan bertarikh 5 April 2011 memaparkan gambar berunsur lucah yang boleh mempengaruhi anak-anak muda kita mengetahui dengan lebih mendalam ataupun lebih teruk lagi mencubanya.

“Hari ini kita kaum ibu perlu bangkit untuk menentang akhbar-akhbar pornografi seperti yang berlaku pada akhbar baru-baru ini yang menayangkan gambar yang tak sepatutnya digembarkan kepada umum,” ujar beliau pada Ucaptama Hari Wanita 2011 anjuran Wanita IKRAM Sungai Petani yang diadakan di Pusat Pendidikan Al Islah, di sini.

Tambah beliau, tujuan penyebaran gambar tersebut tidak patut dilakukan kerana ianya terdedah kepada semua masyarakat termasuk kanak-kanak dan remaja yang membacanya, akhirnya bakal mempengaruhi akhlak mereka.

“Tak patut sebar video dan gambar lucah iaitu untuk anak-anak kita, tetapi ianya lebih kepada kepentingan politik sesetengah pihak semata-mata.

“Suratkhabar itu tak layak untuk kita baca, malah untuk bungkus nasi lemak pun tak layak, tetapi sesuai untuk membungkus bahan-bahan yang menjijikkan.

“Dah lama saya tak beli suratkhabar itu, pada hari tu saya ambil suratkhabar itu dan lihat tajuk besar muka depannya, terus saya ikatnya dan buang agar anak saya tak dapat melihatnya,” jelas beliau yang juga Ketua Wanita IKRAM Kota Bharu.

Media harus sedar peranan mendidik yang perlu dimainkan oleh mereka. Berita yang dilaporkan di akhbar harus berunsurkan motif mendidik masyarakat serta membanteras jenayah yang sama berulang dan bukan sebaliknya. Majalah yang diterbitkan harus mempunyai motif yang jelas, bukan sekadar menyebarluaskan gosip dengan selitan gambar-gambar yang memberahikan

kaNtoi

Bagaimana Fitnah liwat 2 terkantoi ...

Penerangan tentang KANTOI nya liwat-2 bermula pada minit 8.33 video di bawah



Adun Lunas doakan kerajaan Kedah terus kekal memerintah

Isnin, 4 April 2011

PROGRAM ILMU SURAU PERWAJA

CERAMAH ISU SEMASA



YB Belantik Cuba Berbohong Dalam DUN Kedah : Kecekapan MB Jawab Buatkan Dia Malu Terduduk....

Dalam soalan YB Mohamad Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan), berkenaan perbelanjaan kerajaan negeri dalam proses penghantaran pulang pelajar yang dibawa balik oleh kerajaan pusat dalam Ops Piramid, Dato' Taulan Rasul menjawab bahawa kosnya ialah RM2,100 seorang tidak termasuk duit poket RM500 seorang. Kos keseluruhan ialah RM1.82 juta.


Bangunlah YB Tajuddin Abdullah (BN- Belantek) mendakwa kerajaan pilih kasih kerana telah memberi wang poket berdasarkan politik (Hanya budak PAS diberi wang saku...) Contohnya kata Tajuddin “... pelajar bernama Amira Abd Hamid yang pulang dalam Ops Piramid dari DUN Belantek datang menangis-nangis depan saya minta tolong nak dapatkan wang poket 500 tu. Dia sorang saja tak dapat”... Amira menunggu-nunggu tapi tak dapat juga wang saku sampai sekarang,...jelaslah kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi! dakwa YB Tajuddin dengan penuh yakin boleh!!!. (Kononnya dia ada bukti dan testimoni)


(Aik??? Sempatkah kakitangan Yayasan Islam dok pi periksa pelajar tu PAS ka UMNO...yang dapat wang saku 600 orang lebih, Amira saja tak dapat...Amira sorang saja ka pelajar di Mesir anak orang UMNO???)


Soalan ni dijawab oleh MB sendiri bahawa hanya pelajar yang pulang dalam OPS Piramid sahaja diberi wang saku dan dihantar pulang dengan perbelanjaan kerajaan negeri. Yang pulang sendiri sebelum itu, atau pulang kerana makan kenduri kakak kahwin, balik menikah, rindu kat mak, ayah panggil balik dsb tidak dibiayai oleh kerajaan. (Yang pulang dengan Ops Piramid dikenalpasti dengan cop khas imegresen di pasport).


Walaubagaimanapun, kata MB, Kerajaan akan melihat semula isu sekiranya benar ada pelajar yang tercicir dari menerima pembiayaan balik ke Mesir dan wang saku, kerajaan akan ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaaan. Kerajaan akan bersikap adil kepada semua pelajar dan ibu bapa!


Masa inilah MB mengherdik Kerajaan Pusat yang hanya pandai bawak balik tapi tak mau hantar balik ke Mesir bagi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (Kata DS Jamil Khir yang urus OPS Piramid 'Negeri BN Kerajaan Pusat tanggung, negeri PR terserahlah kat depa' - ini barulah diskriminasi!!)


Kata MB... “Macam Upah Berok Naik Nyok...upah naik 2 biji, turun ikut suka... tak dak upah, nak tidoq atas pokok pun tak pa”. (Upah di bayaq kepada tuan berok untuk naik saja!). Lalu dewan jadi riuh rendah kerana ADUN BN marah kepada MB kerana kata kerajaan pusat macam berok naik nyoq!!! (Padan la pun perumpamaan tu dengan depa!)


Oooo kalau beruk tak boleh, saya turunkan sikit...bukan berok, tapi kera!... seluruh dewan ketawa! Ramai Adun BN berdiri tak puas hati dengan perumpamaan itu....


Tiba-tiba sehelai kertas disampaikan oleh bentara dewan kepada MB. MB pun bangun dan menyatakan... Ini saya nak jawab soalan tadi. Saya baru dapat jawapan dari orang dibelakang... Amira Bt Abd Hamid Pulang sebelum OPS Piramid. Dia dari Kg Belantek, Sik dan bapanya orang kampung panggil Hamid Matloh!(Muallaf). Lain kali check betoi-betoi sebelum mai bercakap dalam dewan ini. Ini satu cubaan menfitnah kerajaan negeri dan berbohong di dewan yang mulia ini oleh Adun Belantek! Brraaauuuu!!!...


Para penyokong kerajaan dan EXCO menepuk meja...Tajuddin terduduk kerana berbohong! Up! Ap! Up Ap! Eh errr! Saya tanya saja...takkan tak dapat kottt! Kata Tajuddin cuba 'cover line... “cover waterface.”

---------------------------------------------

Tajuddin memalukan orang Belantek!


Anak Bang Mid takkan menangis untuk RM500! Amira Abdul Hamid adalah pelajar cerdik dari Kg Belantek, bapanya Abdul Hamid Ali adalah seorang kontraktor yang berjaya sejak tahun 80-an lagi. Anak-anak beliau semua cerdik dan bijak seperti Dr Rosnani dan Zahari.


Dua beradik ini bersekolah bersama saya di Sek. Sultan Mohamad Jiwa (Sek. Men. Sains Kedah – sekolah berasrama penuh). Zahari class mate saya tingkatan 1 hingga 3, (untuk rekod, ada 6 orang saja pelajar dari Sik berjaya masuk SSMJ tahun 1987 termasuk Zahari dan saya). dia berjaya sambung belajar ke Jepun dan bekerja di sana sebelum pulang dan berkhidmat dengan sebuah bank internasional.


Dia kemudian berhenti dan meneruskan perbiagaan seperti bapanya. Rosnani kakaknya menjadi doktor dan ada klinik di Jeniang. Sebenarnya Bang Mid yang prihatin dan dermawan. Sebelum kerajaan memutuskan untuk bawa rakyat Malaysia pulang dalam OPS Piramid, kerana bimbangkan anaknya di Mesir, beliau telah membawa pulang anaknya dan membiayai 3 pelajar lain atas keprihatinannya itu.


Saya rasa anak Bang Mid (Amira) takkan menangis depan Tajuddin hanya kerana RM500 itu. Rasanya eksploitasi dan 'cerboh' (cerita bohong) Adun Belantek ini telah memalukan Bang Mid dan anaknya...serta seluruh orang Belantek...Apa raaaa!


Muhammad Sanusi Md Noor-Setpol

Exco bongkar isu Seri Temin di Sidang DUN

ALOR SETAR, 4 Mac 2011 – Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) gagal mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas perbelanjaan yang dilakukan hampir RM8 juta.


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, Jabatan Audit Negara tidak meluluskan sumbangan oleh STDC daripada pengecualian daripada LHDN sebanyak hampir RM8 juta bagi tempoh 2003 hingga 2008.


“Audit negara telah buat teguran agak keras perkara berkaitan belanja-belanja yang dapat pengecualian cukai dari LHDN, iaitu pengecualian cukai korporat yang perlu dibayar. “Audit buat teguran kerana STDC, sebanyak hampir RM8 juta dibelanjakan untuk diharapkan dapat pengecualian LHDN, akhirnya tak lulus, maka kita kena bayar cukai tersebut,” jelas beliau bagi menjawab soalan tambahan ADUN Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusof dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ke 12, Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Ketiga.


Menurut beliau, pembayaran dan sumbangan tersebut yang kebanyakannya adalah atas nama politik dan bukan atas aktiviti kerajaan negeri. “Antara pembayaran yang dilakukan adalah persiapan tempat majlis Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap, tunai kepada UMNO Negeri sebanyak RM200 ribu pada 19 April 2007, yang paling banyak kita tengok berlaku pada pilihanraya umum 12 iaitu pada Februari 2008.


“Pihak Audit telah buat penelitian dalam perkara-perkara tersebut dan mendapati pembayaran yang dilakukan oleh STDC tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC,” ujar beliau.


Berdasarkan prestasi kewangan, STDC mencatatkan kerugian selama dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2007 dan 2008, masing-masing berjumlah RM2.56 juta dan RM0.15 juta. Dalam tempoh 18 bulan di bawah pengurusan yang baru, STDC berjaya memperbaiki prestasi kewangannya dengan mencatatkan keuntungan pada tahun kewangan 2009 berjumlah RM0.34 juta. Faktor ini adalah disebabkan beberapa langkah yang diambil oleh pengurusan baru STDC seperti mengawal had pemberian sumbangan dan tajaan

Guru sangat berperanan di saat masyarakat ditimpa kerosakan

ALOR SETAR, 28 Mac 2011 – Krisis kemanusian yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral golongan muda khususnya menjadi kebimbangan ibu bapa dan masyarakat sekarang ini. Oleh itu peranan guru-guru agama sangat penting dalam mewujudkan masyarakat Islam yang berilmu serta beramal dengan ilmunya.


Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah HESA dan pondok-pondok. “Masyarakat khususnya ibu bapa tidak risau tentang masalah ekonomi. Negara kita tiada gempa bumi, makanan cukup, peluang pekerjaan ada, tetapi masyarakat kita bimbang dengan masalah sosial yang semakin serius sekarang ini. Mereka tidak mahu anak mereka jadi Mat Rempit, ketagih arak, perogol, perompak dan lain-lain.


“Sekolah-sekolah agama menjadi pilihan mereka sekarang kerana mereka yakin pendidikan di sekolah agama dapat membentuk anak-anak mereka menjadi anak yang soleh, berilmu, mendokong nilai Islam dan kemanusian,” katanya. Tambah beliau, kerajaan negeri menyediakan peruntukan besar kepada pendidikan agama terutama kepada sekolah-sekolah di bawah Jabatan Agama. Walau pun kebajikan sekolah-sekolah tersebut diambil alih oleh kerajaan pusat namun tidak diberi perhatian yang sewajarnya.


Sekolah-sekolah agama rakyat tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri berusaha membantu dari masa ke semasa untuk mempastikan kelicinan perjalanan sekolah-sekolah tersebut, tambah beliau lagi. “Kita tolong semua cuma mungkin mengambil masa sedikit. Kita harap semua guru-guru beristiqamah dan teruskan usaha melahirkan generasi faham Islam dan celik Islam,” ujarnya. Dalam ucapannya lagi, beliau menyarankan sekolah-sekolah pondok khususnya membuat penambahbaikan samada dari segi penyampaian ilmu dan pasarana sekolah.


Beliau memberi contoh sekolah-sekolah pondok di Indonesia (pasentrian) yang mengekalkan ciri-ciri tradisi dalam penyampaian ilmu tetapi dalam pada masa yang sama mewujudkan sistem-sistem baru dan terkini untuk penambahbaikan. “Saya harap guru-guru agama ini menjadi golongan Toi’fah iaitu kumpulan yang menolong masyarakat. Dapat membantu masyarakat mengenal Islam dari pelbagai sudut. Kalau boleh kita nak buang fahaman masyarakat yang mengatakan belajar di sekolah agama susah dapat kerja.


“Sistem sekolah pondok ini akan diperkemaskan untuk menjadikan ianya pusat penyediaan pelajar yang berilmu, Kita akan memperbanyakkan institusi pendidikan Islam dan akan mengkaji perubahan-perubahan dalam masyarakat,” katanya. Kerajaan berhasrat mewujudkan pembangunan yang seimbang antara pembangunan kebendaan dan pembangunan insan. Pembangunan sosial, ekonomi, fizikal, keluarga, akhlak, keselamatan dan kebendaan perlu diseimbangkan. Pembangunan yang tidak seimbang akan mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral dan derhaka kepada Allah.


Untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri, sebuah sekolah tahfiz sains akan dibuka di Pulau Tuba dan pengambilan pelajar akan bermula pada 2012. Suasana yang selesa di pulau tersebut sangat sesuai untuk menghafal Al-Quran, tambah beliau. “ Kita akan temukan ulama moden dan ulama tradisional. Pendidikan tradisional di peringkat pondok, dan moden di peringkat universiti.


Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang kita bina di Kuala Ketil boleh menampung sepuluh ribu pelajar. Mata pelajaran utamanya Islam, di samping ilmu-ilmu fadhu kifayah,” katanya. Dalam ucapannya juga, beliau berjanji kerajaan negeri akan terus membantu sekolah-sekolah pondok dan agama rakyat dan mengharapkan semuanya terus beristiqamah di bawah HESA. Beliau seterusnya menyampaikan sumbangan tambahan kepada 58 buah sekolah yang melibatkan 25 buah sekolah pondok dan 33 buah sekolah rendah dan menengah. Kira-kira 300 orang hadir di majlis tersebut yang diadakan di tingkat 1, Hotel Regency, Alor Setar, Kedah.