WELCOME


Rabu, 16 November 2011

Hendak pampasan Kena Tanya kepada tuan empunya bangunan sebelum ini milik Syarikat Tunku Yaacob Holding Sdn Bhd

Tidak wajar bayar pampasan bangunan tidak selamat diduduki
 

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri tidak perlu membayar tuntutan pampasan terhadap bangunan yang tidak selamat untuk diduduki.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan segelintir pembeli unit kedai Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai sejak 30 tahun lalu, yang kini diambil alih Kerajaan Negeri, bukan di bawah tanggungan mereka.

“Pembeli sepatutnya bertanya kepada tuan empunya bangunan, sebelum ini milik Syarikat Tunku Yaacob Holding Sdn Bhd (TYH), kini pemiliknya ialah Belleview. Jika kita ambil alih tetapi bangunan itu tetapi akan dirobohkan sebab tidak selamat, takkan pula bangunan yang tidak siap perlu dibayar,” katanya.

Azizan berkata, berdasarkan rekod bayaran yang dikeluarkan, jumlah pampasan bagi lot 150 dan 151 iaitu tanah milik TYH bernilai RM24,542,791.50 atau RM151 sekaki persegi.

“Bangunan tiada pampasan sebab tidak selamat diduduki. Manakala tanah lot 623 milik Majlis Agama Islam Kedah (Maik), jumlah pampasan yang dibayar ialah RM1,488,800,” katanya.

Menurutnya, pecahan bayaran adalah pampasan tanah sebanyak RM893,592 atau RM97 sekaki persegi manakala pampasan bangunan RM543,708 selain penyewa RM51,500.

“Kenapa ada sahaja pihak mahu timbulkan masalah. Projek yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu, kita mahu buat pembaharuan. Kita buat dalam masa tiga tahun sahaja. Nampaknya rakyat termasuk Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim turut berkenan dengan perkembangan positif ini,” katanya.

Azizan berkata, sepatutnya semua pihak memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri yang berusaha gigih mahu mengubah wajah bandar raya Alor Setar supaya lebih menarik, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah. [Sinar harian]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan