WELCOME


Sabtu, 18 Disember 2010

ADUN Bukit Selambau bantu pelajar miskin

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

[gambar ini tak sangkut paut dengan cerita..harap maklum]
SUNGAI PETANI - Seramai 1,320 pelajar yang terdiri daripada golongan miskin menerima sumbangan berupa beg sekolah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, YB. S. Manikumar.

Beliau menyampaikan sumbangan itu kepada pelajar-pelajar miskin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bukit Selambau, di sini.

Manikumar dalam ucapannya berkata, sumbangan yang diberikan itu secara tidak langsung mampu meringankan beban pelajar miskin yang akan memulakan sesi persekolahan pada tahun 2011.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat terhadap golongan kurang berkemampuan dan bantuan yang diberikan itu diharap dapat digunakan dengan sebaik mungkin, “ ujar S. Manikumar yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam menjelaskan, kerjasama daripada Majlis Ketua Kampung (MKK) juga amat diperlukan dalam usaha mengenal pasti golongan kurang berkemampuan dalam kawasan mereka.

“Ini amat perlu dalam usaha Kerajaan Negeri untuk sama-sama membantu golongan berkenaan dengan menyalurkan bantuan kepada mereka,” tambahnya.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Rakyat Kawasan Merbok, YB. Dato' Rashid Din.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan