
Usaha Itu Perlu
6 tahun yang lalu
N32 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman
Muhayat Jasmin |
ALOR SETAR, 17 Dis: Setelah dua bulan aduan dan bantahan dikemukakan berkaitan pendaftaran pemilih baru yang didakwa berlaku penipuan di Kedah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi membisu tanpa sebarang tindakan. Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertikaikan kredibiliti badan itu berkata pihaknya tidak menerima tindak balas daripada SPR atau dipanggil untuk soal siasat berhubung dakwaan (penipuan) tersebut. "Bantahan dibuat secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu namun pengadu tidak langsung dipanggil untuk siasatan," kata beliau. Menurut Azizan, pihaknya mendapati pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga yang telah dipamerkan pada 27 Oktober ada unsur penipuan iaitu di beberapa kem tentera yang membabitkan isteri-isteri anggota tentera. Kata beliau, PAS Kedah mendapati wujudnya nama yang dipamerkan dalam daftar tersebut, menetap di tempat lain tetapi nama mereka didaftarkan dalam kem-kem tersebut sebagai pemilih baru. Antara kem-kem tentera yang didakwa terlibat ialah Kem Gubir, Kem Bukit Kayu Hitam serta Kompeni Batalion 304 Askar Wataniah di Belantek. Sebelum ini sikap SPR yang dibidas sebagai lemah dalam melaksanakan tugas mereka turut didedahkan oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar nama isteri-isteri tentera yang sebelum ini sebagai pemilih biasa telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Dalam kawasan Dewan Undangan Teluk Air Tawar penipuan ini turut didakwa berlaku oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar isteri-isteri tentera secara tidak telus dan mengikut prosedur disenaraikan dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos. Tindakan meletakkan nama mereka yang tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi pos serta mendaftarkan mereka yang tidak tinggal dalam tempat yang didakwa membuktikan tidak efisiennya SPR. Malah SPR yang disifatkan sebagai sebuah badan yang sepatutnya berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka juga didakwa tidak berpandukan prosedur yang telah digariskan oleh mereka sendiri. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks. Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, “Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat.” “Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya. Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu. Walaupun cuba diterangkan oleh para pemimpin Pakatan mengenainya, namun semua media tradisional negara menutupnya. Laporan WikiLeaks juga diambil tentang dakwaan Lee Kuan Yew terhadap Anwar sahaja tetapi laporan tentang pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak disiarkan. Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok. Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu. “Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini,” kata Tian. Siang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu. Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 14 Dis: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam Felda. Salahuddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak) berkata, jawatankuasa bebas itu harus ditubuhkan kerana segala dakwaan terhadap Felda itu suatu yang serius dan merupakan isu rakyat terutamanya generasi Felda. ![]() Salahuddin turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan jumlah sebenar wang tunai hasil keuntungan Felda. "Najib seharusnya berani menyatakan kepada umum berapa wang tunai Felda. "Beliau hanya menyatakan, jika semua saham Felda dicairkan, keuntungannya berjumlah RM4.3 bilion, tapi tak berani nyatakan wang tunai," katanya. Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada ucapan Najib di majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya Ahad lalu. Tambahnya, memorandum itu akan dihantar dalam masa terdekat ini agar tindakan segera dapat diambil berhubung isu ini. Sebelum ini Najib menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa. |