WELCOME


Rabu, 6 Julai 2011

Bersih 2.0 : Tiada Berarak Sabtu ini – Ambiga

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima mynewshub.my yang mengatakan perhimpunan Bersih 2.0 akan bermula di tiga lokasi utama sebelum berarak di jalan raya menuju ke Stadium Merdeka.

Menurut Ambiga yang dihubungi melalui sms, dakwaan tersebut merupakan salah faham dan tidak benar sama sekali.

“No it’s misinformation. Not true at all!!!! (Tidak itu semua maklumat yang salah. Tidak benar langsung!!!!),” katanya melalui sms yang kami terima lewat hari ini.

Mynewshub.my hari ini menerima satu sms yang mengatakan peserta-peserta perhimpunan itu diseru untuk berkumpul di bangunan membeli belah SOGO, Masjid Jamek Kampung Baru dan Dataran Merdeka sebelum bergerak beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka.

SMS itu didakwa disebarkan oleh Jawatankuasa Bersih 2.0 kepada pemimpin-pemimpin kanan mereka.

Mengikut rancangan asal perhimpunan itu, peserta akan berkumpul di tiga lokasi utama tersebut sebelum berhimpun di Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, rancangan tersebut terpaksa ditukar setelah jawatankuasa berkenaan bertemu DYMM Yang DiPertuan Agong yang baru-baru ini bertitah kepada NGO berkaitan mengenai perhimpunan tersebut.

Tuanku Mizan Zainal Abidin melalui titah khas pada Ahad lalu menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan.

Oleh : ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan