WELCOME


Selasa, 12 April 2011

Jangan parkir di tempat salah, jika tidak mahu disaman

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)  menasihatkan orang ramai supaya parkir kenderaan masing-masing di tempat yang dibenarkan sahaja jika tidak mahu dikenakan saman.

Demikian diegaskan oleh Penguatkuasa MBAS Encik Saifullizam Othman sebagai mengulas isu saman terhadap pemilik kereta yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, sebaliknya merungut apabila dikenakan saman.

Menurut Saifullizam lebih 3,000 saman kompaun dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan setiap bulan atas pelbagai kesalahan termasuk menghadang lalu lintas dan meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan seperti garisan kuning dan bahu jalan.

“Kebanyakan kesalahan ini dan  kompaun yang dikeluarkan melibatkan kawasan Pusat Bandar  iaitu sekitar Jalan Tunku Ibrahim, Jalan Kolam Air dan berhadapan Pekan Rabu,” katanya.

Tambahnya, pihak MBAS pernah mengeluarkan kompaun sehingga mencecah 5,000 keping sebulan menjelang musim perayaan atau ketika cuti sekolah.

Selain itu terdapat juga kenderaaan dikenakan tindakan ‘clamping’ kerana kesalahan parkir di kawasan salah yang  dianggarkan sebanyak 200 kenderaan dalam sebulan.

“Terdapat tiga jenis tempat parkir utama dibandaraya ini iaitu parkir bermeter, berkupon dan tertutup,” katanya.

Beliau memberitahu kompaun yang dikenakan bagi kesalahan parkir ialah RM20 (dalam tempoh 1-15 hari) dan denda meningkat kepada RM30 selepas 30 hari dan denda RM50 jika mencecah 60 hari.

Bagi motosikal pula, kompaun adalah RM10 (dalam tempoh 1-15 hari), RM20 (16-30 hari), RM30 (31-60 hari) dan sekiranya melebihi 60 hari akan berdepan dengan tindakan mahkamah.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga  sehingga RM2,000. Bagaimanapun, pihak MBAS akan menghantar surat kompaun dan peringatan sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah.

Jika pemilik kenderaan masih tidak endahkan notis tawaran kompaun, barulah mereka dikenakan tindakan mahkamah. Manakala denda  denda bagi kesalahan ‘clamping’ adalah mandatori iaitu sebanyak RM100 tanpa rayuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan