WELCOME


Isnin, 4 April 2011

Exco bongkar isu Seri Temin di Sidang DUN

ALOR SETAR, 4 Mac 2011 – Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) gagal mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas perbelanjaan yang dilakukan hampir RM8 juta.


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, Jabatan Audit Negara tidak meluluskan sumbangan oleh STDC daripada pengecualian daripada LHDN sebanyak hampir RM8 juta bagi tempoh 2003 hingga 2008.


“Audit negara telah buat teguran agak keras perkara berkaitan belanja-belanja yang dapat pengecualian cukai dari LHDN, iaitu pengecualian cukai korporat yang perlu dibayar. “Audit buat teguran kerana STDC, sebanyak hampir RM8 juta dibelanjakan untuk diharapkan dapat pengecualian LHDN, akhirnya tak lulus, maka kita kena bayar cukai tersebut,” jelas beliau bagi menjawab soalan tambahan ADUN Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusof dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ke 12, Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Ketiga.


Menurut beliau, pembayaran dan sumbangan tersebut yang kebanyakannya adalah atas nama politik dan bukan atas aktiviti kerajaan negeri. “Antara pembayaran yang dilakukan adalah persiapan tempat majlis Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap, tunai kepada UMNO Negeri sebanyak RM200 ribu pada 19 April 2007, yang paling banyak kita tengok berlaku pada pilihanraya umum 12 iaitu pada Februari 2008.


“Pihak Audit telah buat penelitian dalam perkara-perkara tersebut dan mendapati pembayaran yang dilakukan oleh STDC tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC,” ujar beliau.


Berdasarkan prestasi kewangan, STDC mencatatkan kerugian selama dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2007 dan 2008, masing-masing berjumlah RM2.56 juta dan RM0.15 juta. Dalam tempoh 18 bulan di bawah pengurusan yang baru, STDC berjaya memperbaiki prestasi kewangannya dengan mencatatkan keuntungan pada tahun kewangan 2009 berjumlah RM0.34 juta. Faktor ini adalah disebabkan beberapa langkah yang diambil oleh pengurusan baru STDC seperti mengawal had pemberian sumbangan dan tajaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan