WELCOME


Isnin, 21 Jun 2010

Penerima bantuan kena fikir cara untuk berdikari - Ustaz Azizan

JITRA: Seramai 200 orang menerima bantuan wang tunai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disampaikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dewan Majlis Daerah Kubang Pasu di sini.

Pada tahun lalu sebanyak 2.46 juta telah diberikan kepada golongan ini termasuklah keluarga miskin dan orang kurang upaya. Bagi tahun 2010 sehingga Mei sebanyak 2,030 kes dikesan dan akan diberi bantuan berkenaan..

Menyentuh mengenai penerima bantuan ini Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, ibu-ibu tunggal yang pendapatannya tidak mencukupi bagi menanggung pesekolahan anak-anak yang ramai dibantu.

Bagaimanapun bantuan yang diberikan tidak akan berterusan setiap tahun kerana bantuan ini hanya untuk meringankan bebanan yang ditanggung.

Beliau menyeru semua penerima bantuan supaya memikirkan bagaiman mencari pendapatan supaya mampu berdikari. Ini tidak termasuk golongan warga emas dan kurang upaya yang tiada tempat untuk untuk bergantung hidup.

Katanya, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berkerjasama dalam memberi bantuan kepada rakyat yang layak menerima..

“Oleh itu janganlah ada di kalangan orang ramai yang ambil kesempatan dengan meraih semua bantuan menerusi semua saluran bantuan seperti JKKKP, Keda dan lain-lain agensi kerajaan,” katanya.

Menurutnya, sebagai umat Islam yang bertakwa memang digalakkan bersedekah tetapi yang menerima sedekah pula perlulah memikirkan cara dan berusaha supaya mereka juga berupaya membantu golongan yang memerlukan.

“Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau meminta JKM Kubang Pasu supaya menyediakan kertas kerja mengenai program bantuan berbentuk skim jaya diri, kursus serta latihan untuk penerima-penerima bantuan yang layak supaya mereka boleh berdikari.

Katanya, bantuan kewangan seperti ini tidak akan berkurangan sekiranya penerima bantuan tidak berusaha mengubah nasib supaya menjadi lebih baik daripada golongan yang sentiasa memerlukan bantuan.

Seramai 500 penduduk sekitar Dearah Kubang Pasu hadir pada majlis itu. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kubang Pasu Dato’ Haji Noh Dahaya, Exco Kerajaan Negeri, YB Ustazah Aishah Ghazali, Pengarah JKM Negeri Kedah dan Ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan