WELCOME

Selasa, 13 April 2010




4 April 2010 (AHAD) - Jam 7.15 petang.


Ribut melanda Kuala Ketil. 375 buah rumah yang rosak. Yang paling teruk Taman Desa Bidara (searami 139 penghuni yang kerosakan rumah - bumbung diterbangkan angin).




YB. Cikgu Hj. Md. Zuki (ADUN Kuala Ketil) ini telah bertungkus lumus melawat dan menyalurkan bantuan sehingga jam 5.00 pagi. Esoknya (5/4/2010) YAB. Dato Seri Menteri Besar Kedah - Ust. Hj. Azizan Abd. Razak turun padang menyampaikan bantuan.




Hari-hari berikutnya kita mendapat bantuan tenaga dari Unit Amal Perak, Pulau Pinang & Selangor, juga dari badan-badan NGO yang lain yang mana penuh komited menjalankan kerja membaikpulih rumah-rumah yang terlibat.




Pada 9/4/2010 kita telah menyusun satu program yang dinamakan "GOTONG ROYONG PERDANA" untuk menyiapkan kerja-kerja baikpulih dan pembersihan kawasan yang dilanda ribut tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Exco Kerajaan Kedah - Ustazah Hjh. Aishah Ghazali bertempat di padang awam Kuala Ketil. Alhamdulillah !! kita telah dapat mengumpul tenaga kerja dari Pejabat Daerah Baling, Majlis Daerah Baling, Unit Amal, RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Ketua Kampung (MKK) dan lain-lain. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan