WELCOME


Khamis, 18 Februari 2010

Kemelut Pulau Pinang tidak jejas PR KEDAH

Apa berlaku kat Penang Sikit Pon Tak jejas PR Kedah - MB

YAN - Kepincangan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang dan kemelut dalam pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menular ke Kedah, dan tidak menjejaskan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pergolakan politik di Pulau Pinang tidak sedikit pun memberi kesan negatif terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat mahupun Kerajaan Negeri Kedah, dan negeri itu juga tidak menerima tempias daripada pergolakan itu.

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang tidak jejaskan Kedah. Kedah pun kena asak juga oleh pembangkang, tetapi kita buat tak tahu sahaja. Biasalah dalam politik, situasi seperti itu mesti ada,” katanya kepada media, selepas majlis sumbangan kepada mangsa kebakaran membabitkan 14 rumah kedai di Pekan Sungai Limau, semalam.

Azizan berkata, Guan Eng tidak harus tunduk mahupun takut dengan desakan mana-mana pihak yang mahu menggugat kestabilan politik di Pulau Pinang, dan mengandaikan apa yang berlaku sebagai rencah dalam politik.

“Dalam politik, pemimpin diasak adalah perkara biasa. Saya pun kena asak juga dengan banyak pihak, tak perlu takutlah. Kalau takut kena asak, lebih baik jangan masuk politik,” katanya.

Mengulas kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengakui salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu pada pilihan raya umum lalu, sehingga ramai bertindak keluar parti, Azizan berkata, ia tidak memberi kesan besar sehingga memaksa diadakan pilihan raya kecil.

“Tidak perlu sampai bubarkan Dewan Undangan Negeri. Di Kedah misalnya, kuasa ada pada Menteri Besar sama ada nak putuskan bubar atau tidak, dan perlu perkenan Tuanku Sultan. Tidak semudah itu untuk kita bubarkan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan