WELCOME


Rabu, 24 November 2010

Jadikan ISLAM Itu Panduan Hidup

Selamatkan Bangsa Dengan ISLAM - Tn.Guru Abdul Hadi Awang

MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bukan sahaja amalan ibadat yang tidak menepati ajaran Islam ditolak, bahkan termasuk juga dalam urusan kehidupan diri, berkeluarga dan memerintah negara.

Katanya, segala amalan yang tidak menepati ajaran Islam akan ditolak serta termasuk di kalangan yang menderhakai Allah SWT dan Rasulullah SAW.

“Menderhakai Allah dan RasulNya juga bukan sahaja apabila meninggalkan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Tetapi termasuk juga dalam perkara maksiat besar, menderhakai Allah dan Rasul.

“Apabila memakan makanan yang haram, hasil kerja haram, memakai pakaian yang tidak menutup aurat, tidak memberi nafkah yang wajib dan juga tidak bermuamalat dalam urusan perniagaan dan sebagainya.

“Begitu juga mentadbir dan memerintah negara tidak mengikut hukum Allah dan Rasul SAW,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Aidilahda di Masjid Rusila, Marang, 16 November lalu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Allah SWT memerintahkan Nabi SAW yang kasih kepada keluarga dan bangsanya memulakan dakwah menyelamatkan mereka dengan Islam.

Katanya, Islam tidak terikat dengan semangat bangsa dan keluarga kerana Islam menjadi bahtera serta wadah perjuangan hidup yang menjadi jambatan menuju ke hari akhirat.

Menurutnya, perasaan kasih kepada keluarga dan bangsa hendaklah dengan cara menyelamatkan mereka dengan Islam.

Bukannya, kata beliau menjadikan bangsa sebagai aqidah perjuangan yang disamakan dengan kepercayaan kepada Islam.

Dato’ Seri Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam agar berpegang kepada politik Islam yang tidak memisahkan dengan agama.

Ini kerana, katanya musuh-musuh Islam menggunakan senjata lama dengan meniupkan semangat bangsa bagi memisahkan politik daripada agama Islam.

“Hari ini kita melihat tanda-tanda kesedaran kembali semula kepada Islam, sehingga berlakunya seruan kebangkitan semula umat Islam.

“Maka, musuh-musuh Islam sekali lagi menggunakan senjata lama yang menjatuhkan kerajaan Islam.dengan menyebarkan semula ajaran memisahkan politik daripada agama Islam dan meniupkan semangat bangsa menjadi aqidah perjuangan.

“Kejatuhan kerajaan Islam yang hebat suatu ketika dahulu kerana mereka meninggalkan politik Islam dan cara hidup Islam dan menganut fahaman kebangsaan masing-masing,” tegasnya.

Bahkan, katanya menyatukan umat dengan Islam serta memperkasakan umat dengan mendirikan semula kerajaan Islam mengikut cara al-Quran dan petunjuk Rasulullah SAW.

Selesai menunaikan solat sunat Aidladha, Ustaz Abdul Hadi melakukan penyembelihan qurban sebanyak lapan ekor lembu di Rusila, Marang.

Manakala, sebelah petangnya beliau menyembelih seekor lembu besar yang berharga RM11,200 seekor di Taman Safiah Murni, Bukit Payung, Marang.-BO

CEGAH PESTA SEKS BEBAS

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Tidak salah mahu berhibur dan bergembira tetapi mestilah TIDAK keterlaluan dan melampaui batas dalam meruntun hawa nafsu yang sememangnya tidak pernah kunjung puas biar 1001 keseronokan dianjurkan. Sementelah pula majlis hiburan dan keseronokan melampau yang membawa implikasi buruk pada moral , minda , akhlak dan peradaban seperti seks bebas , tarian lucah , pil ectasy , pil kuda dan lain - lain .

2. Biasanya menjelang tahun baru atau lainnya termasuklah meraikan hari - hari perayaan tertentu dalam negara kita, akan ada pelbagai bentuk keraian melampau yang diraikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap moral masyarakat. Apa yang mereka fikir ialah happy dan enjoy sehingga tergamak melanggar batas agama dan norma tatasusila serta adab orang timur .

3. Saya menggesa supaya pihak berwajib mengambil serius perkara ini agar tidak terlepas pandang pelbagai aktiviti mungkar yang boleh merosakkan akhlak dan minda masyarakat lalu meletakkan mereka dan negara tercinta ini di bawah kemukaan Allah swt .

4. Terlebih penting bagi pihak kerajaan sendiri agar mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba merosakkan moral dan nilai diri manusia justeru ia juga sebahagian dari usaha menjaga pembangunan seimbang rakyat dan negara. Negara akan musnah dan binasa jika rakyatnya hanya disogok dengan pembangunan material tanpa pembangunan spiritual atau ruhani mereka .

5. Akhlak dan moral yang rosak inilah akhirnya meningkatkan kadar bencana sosial , jenayah , rasuah , salah laku seks dan 1001 pencemaran moral yang lain . Jangka panjang negara ini akan binasa . Saya mendapat maklumat bagaimana sambutan Krismas kali ini [ 25 Dec 2010 ] juga ada pihak tertentu yang mengaku muslim mahu menganjur parti yang menjerumus ke arah seks bebas di kelab malam tertentu. Aktiviti seperti inilah yang saya maksudkan supaya pihak berwajib tidak berdiam diri atau hanya menunggu laporan kes setelah aktiviti itu selesai dilangsungkan .

[ Maklumat yang saya terima : Seorang perempuan berusia 20 tahun. Melayu dan beragama Islam menganjurkan satu pesta yang diberi nama Christmas Party Foam yang dijadualkan pada 25 Dec ini . Dia juga berkerja sebagai model sambilan. Dia ambil gambar bogel dan paparkan di internet utk cari rezeki. Dia anjurkan event krismas. Jualan tiket sedang berjalan , ada jualan arak. dan tak boleh pakai baju. kena pakai bikini sahaja dan ianya dianjurkan di kelab malam .]

Kini kempen party ini di facebook tidak lagi boleh diakses tetapi belum tentu penganjuran party tersebut dibatalkan. Harap pihak berkuasa memantaunya

6. Cegahlah sebelum parah justeru realitinya saya lihat aktiviti ini ia tidak terhenti setakat bergaul bebas lelaki perempuan dengan mabuk - mabukan atau khayal - khayalan dengan arak , pil kuda , ectasy serta penzinaan atau seks bebas malah ia akan mengheret pelaku yang terjebak dalam kancah nafsu liar ini sehingga mengisytiharkan diri mereka murtad .

7. Selamatkan Negara dari anasir mungkar seperti ini . Generasi muda atau generasi baru hari ini sudah muak dan jelek dengan hiburan yang keterlaluan ini . Apa yang anak muda mahu ialah hiburan yang berinformasi , hiburan yang mendamaikan jiwa , hiburan yang menenangkan perasaan dan hiburan yang tidak mencabar kesucian minda , moral dan akhlak mereka .

8. Pemikiran positif generasi muda baru di zaman ini ialah fokus bagaimana mereka mahu membangunkan negara , memurnikan sosial dan meningkatkan nilai suci pada modal insan atau sumber manusia yang akan menjadi mengisi ruang kemerdekaan negara yang telah dicapai sekian lama .

9. Tentunya generasi muda hari ini tidak mahu mindanya kembali dijajah oleh buDaya dan cara hidup penjajah biarpun mereka tidak lagi datang menjajah tanahair sebagaimana episod penjajahan sebelum merdeka . Tiada ertinya merdeka andai minda dan jiwa masih dibawah pengaruh cara dan gaya hidup penjajah . generasi muda pasti menuntut satu nilai dan harga diri yang mulia dan bebas dari pengaruh penjajah .

10. Inilah sinar baru buat negara dan rakyat . Negara dan rakyat yang hebat. Tidak runtuh peribadi dan nilai integriti sebaliknya memiliki kualiti nilai yang tinggi . Disegani dan dihormati dan apa yang paling penting ialah diiredhai Tuhan rabbul izzati .

http://episodeperjuangan.blogspot.com

Antara kebebasan media dan kebebasan berbohong

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Kemarahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak berakhir di sidang media di mana RTM dan TV3 ditengking. Ia beralarutan hingga ke Sidang Dewan Undangan Negeri.

Menjelang Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet baru-baru ini, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Helmi Mohamad Khalid mengeluarkan arahan supaya hanya 12 buah media dibenarkan membuat liputan.

Mereka adalah Bernama, Sinar Harian, The Star, Harakah, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, China Press, Nan Nang Siang Pau dan Guan Ming Daily.

Pada hari Sidang DUN berlangsung, media-media pemfitnah yang tidak dibenarkan masuk cuba ‘membuat kecoh’ di hadapan pintu masuk pusat pentadbiran Wisma Darul Aman. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menjadi jurucakap pihak media pemfitnah itu menghentam Kerajaan Negeri kerana tidak membenarkan kumpulan media tersebut masuk ke Sidang DUN untuk membuat liputan. “Mana dia janji PAS dalam manifesto lalu bahawa mereka akan menjamin kebebasan media jika diberi peluang berkuasa?” soal Keng Liang dalam satu sidang media yang diadakan di pintu masuk Wisma Darul Aman.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dalam reaksi spontan terhadap kenyataan Ketua Pemuda Gerakan itu berkata, “Kita menjanjikan kebebasan media, bukan kebebasan memfitnah.”

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahdzir Khalid mendakwa kononnya Kerajaan Negeri menyekat rakyat mengetahui titah ucapan Tuanku Sultan kerana tidak membenarkan media-media pemfitnah itu masuk Sidang DUN.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah pula menjawab bahawa pihaknya sedia memberikan rakaman titah ucapan Sultan Kedah sewaktu merasmikan Sidang DUN kepada RTM dan TV3, jika betul mereka mahu menyiarkannya untuk tontonan rakyat.

“Dengan syarat mereka mesti menyiarkan keseluruhan titah ucapan tersebut dan jangan sekali-kali memotong isi kandungannya,” tegas Helmi.

Tambahnya lagi, adalah munasabah untuk menyiarkan keseluruhan titah ucapan tersebut kerana titah baginda tidaklah terlalu panjang.

Titah ucapan perasmian Sultan Kedah sangat menarik. Dalam titahnya, baginda berasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

“Beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir,” titah baginda. Ia meletakkan pihak pembangkang DUN dalam dilema. Jika mereka menjadikan sidang DUN kali ini sebagai gelanggang untuk menyalahkan Kerajaan Negeri dalam isu banjir, maka mereka dengan segaja menyanggah maksud titah Sultan. Derhaka namanya.

Media-media talibarut BN cukup cekap dalam mengeksploit titah ucapan pihak istana. Titah Sultan Selangor dan Raja Muda Perak selalu menjadi bahan manipulasi oleh mereka demi faedah politik.

Jika media tersebut mahu mencari bahan yang boleh dieksploit dari titah ucapan Sultan Kedah dalam Sidang DUN, mereka pasti tidak menemuinya. Melainkan yang ditemui ialah tempelakan terhadap pihak yang asyik menyalahkan Kerajaan Negeri. Maka masakan RTM dan TV3 berani untuk menyiarkan keseluruhan ucapan tersebut.

Di sebalik isu ini, pihak BN sudah pandai untuk bercakap mengenai kebebasan media. Ia perkembangan baru dan menarik setelah dalam separuh abad dan setelah seluruh dunia tahu bahawa kebebasan media yang hakiki tidak wujud di Malaysia.

Mereka nampak kebebasan media tertutup apabila ada pihak mengganggu kerja mereka menabur fitnah dan propaganda jahat terhadap Pakatan Rakyat. Tetapi mereka langsung tidak nampak bahawa kebebasan media sudah lama mati apabila media-media utama negara hanya menyalurkan maklumat dalam versi sebelah pihak sahaja.

Versi sebelah pihak pun bukanlah salah besar dalam jurnalisame, jika semua media kebetulannya mengambil pendirian yang sama untuk menyebelahi pihak tersebut sama ada secara sukarela atau secara paksa. Misalnya jika TV3 mahu menggelapkan terus berita mengenai Pakatan Rakyat sebaliknya hanya mahu menyiarkan kegiatan BN sahaja, maka media elektronik itu tidak bersalah. Ia syarikat swasta. Lantaklah siapa dia nak sokong atau dokong. Yang tidak betulnya ialah ia memburukkan pihak lawan dengan menabur fitnah, pembohongan dan penipuan. Ia satu pencerobohan hak.

Menyiarkan laporan bahawa Kerajaan Negeri tidak membantu rakyat yang ditimpa musibah banjir, tidak turun padang, hanya berpeluk tubuh atau menyalurkan bantuan hanya kepada para penyokongnya sahaja adalah terang-terangan satu pembohongan besar. Lebih besar dari banjir besar. Mangsa banjir mungkin tahu bahawa Kerajaan Negeri dan YB dari Pakatan membantu mereka, tetapi bagaimana dengan rakyat di Johor dan Melaka yang jauh dari petaka banjir. Mereka akan menelan bulat-bulat fitnah jahat RTM dan TV3 itu. Inikah kebebasan media?

Tapi apa boleh buat. Perangai BN memang begitu dalam menilai salah betul sesuatu perkara. Apabila ada pihak membongkar penyelewengan mereka maka ia dianggap salah. Apabila mereka berbohong dan memfitnah melalui media ianya halal.

Wanita bukan Islam masuk surau tak tutup aurat haram. Rosmah Mansor isteri Najib masuk masuk masjid dedah rambut nampak aurat, halal. Cina DAP masuk masjid, haram. Kamalanathan (MP Hulu Selangor) masuk masjid ruang solat, halal. Imam berdoa minta Lim Guan Eng masuk Islam, haram.

Imam Umno baca Yaasin minta menangkan calon BN Hulu Selangor, halal. Kerajaan negeri P. Pinang beri wang saguhati pada fakir miskin dari tabung negeri didakwa Umno haram kerana kononnya duit judi, walhal kerajaan negeri tidak guna duit judi untuk beri pada orang Islam. Umno kutip balik dari fakir miskin dan sapu duit tu, tak serah balik sekupang pun kat kerajaan negeri, halal pulak.

Umno dakwa duit sumber judi haram, tapi duit hasil cukai judi yang masuk dalam perbendaharaan untuk bayar gaji depa (wakil rakyat) halal pulak, tak payah pulang balik. Umno dakwa duit sumber judi haram, tapi depa luluskan lesen judi, halal. Najib tabur duit berjuta-juta untuk beli undi dalam pilihanraya ia adalah halal, bila PAS tawar duit tambang pulang mengundi ia bertukar menjadi salah.

Halal dan haram Umno bukan merujuk kepada kebenaran yang dibawa, sama ada ajaran Islam atau lunas undang-undang tetapi mengikut petunjuk nafsu serakah mereka.

Maka betul sangatlah apabila media-media pemfitnah itu diboikot oleh Kerajaan Negeri Kedah. Sekurang-kurangnya dapat menyekat mereka dari berterusan melakukan dosa.

Rabu, 17 November 2010

PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH


SAMBUTAN 25thn MEMPERINGATI PERISTIWA MEMALI

Media tidak beretika perlu diajar

PERMATANG PAUH, 16 Nov: Ketua Dewan Pemua PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi (gambar) menegaskan, memang layak media yang tidak beretika mesti diajar sebagai teladan untuk mereka mengkaji semula laporan yang berat sebelah.

Berucap pada malam penutup Karnival Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) malam tadi, beliau berkata tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah melarang media pro Umno membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) merupakan reaksi biasa sebagai protes bukanya menghalang kebebasan media.

"Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan memang patut sebab media pro Umno buat liputan berat sebelah berkaitan banjir. Media hanya tumpukan pada sumbangan Kerajaan Pusat, seolah-olah menidakkan bantuan kerajaan negeri. Lepas tu hentam tanpa bagi peluang Menteri Besar menjawab," terangnya.

Sebagai contoh, katanya ketika bantuan Dewan Pemuda PAS Pusat yang berkampung di Kubang Rotan di mana mangsa banjir diberikan sumbangan dan disajikan gulai daging lembu pada hari pertama, pada hari kedua pula ayam masak merah manakala hari ketiga gulai telur ikan masin.

“Bila hari ketiga, datang TV3 dan terus menemu ramah mangsa yang dihidangkan gulai telur ikan masin. Mereka buat cerita bukan-bukan kononnya mangsa diberikan hidangan yang tidak seberapa, ada pilih kasih dan seumpamanya.

"Itulah kejahatan yang dibuat, mereka mencipta isu demi kepentingan Umno dan Barisan Nasiona (BN). Mereka meninggalkan etika yang mengkehendaki bersikap jujur dan tulus pada sebarang laporan," jelasnya kecewa.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyifatkan, laporan yang dibuat oleh media pro Umno itu didalangi oleh beberapa individu yang sengaja mengambil kesempatan berlakunya banjir terburuk yang melanda Negeri Kedah.

Beliau juga yakin peristiwa yang berlaku itu tidak akan mendorong rakyat untuk kembali ke pangkuan Umno yang telah membohongi mereka sejak 50 tahun lalu.

"Rakyat Kedah pasti tahu cerita sebenar apa yang berlaku. Semua itu pembohongan media pro Umno yang senantiasa mencari ruang untuk mereka mengucar-kacirkan pemerintah Pakatan Rakyat,” katanya.

Tolak Islam ibarat haiwan tak dengar seruan

Apabila ALLAh SWT menyebutnya (perkataan haiwan), maka berlakulah apa yang disebut itu. Ramai yang menyebut soal mengikut nenek moyang zaman dahulu. Al-Quran dengan jelas menyebut tentang ucapan itu.

Allah SWT sudah mengetahui pada azali atau qadim lagi bahawa ada manusia yang mahu bercakap tentang masalah tersebut, apabila diajak kepada Islam mereka mengatakan apa yang kamu buat itu tidak ada pada zaman dahulu. Dengan sebab itulah Allah SWT menyebut di dalam al-Quran menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Bandingan (orang yang mendakwahkan) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman dan degil itu) samalah seperti orang yang memanggil binatang." (Surah al-Baqarah ayat 171)

Kalau kita memanggil ayam atau kambing yang jinak, binatang itu semua datang kepada kita tetapi sebaliknya yang liar biasanya tidak ada datang kepada kita setelah dipanggil. Soalnya seruan kita sekarang ialah kepada manusia yang jinak hatinya dengan dakwah. Manusai yang liar lebih teruk daripada kambing lagi dalam persoalan ini iaitu mereka tidak mahu mendengar seruan Islam.

Bandingan orang yang mendakwahkan orang-orang yang tidak beriman yang perangainya degil samalah seperti orang yang memanggil binatang dan binatang itu hanya mendengar sekadar suara panggilan sahaja sedangkan maksud panggilan itu tidak diketahui. Firman Allah bermaksud :"Mereka itu pekak, bisu, buta maka mereka itu tidak berakal." (Al-Baqarah ayat 171)

Bukan mereka tidak ada otak, tetapi mereka tidak mahu menggunakan akal seolah-olah mereka tidak berakal, Sepatutnya apabila disebut tentang masalah ini, mereka dapat menilai dengan akal mereka akan kebenaran dakwah itu.

Tetapi mereka tidak menggunakan akal dengan betul, maka Allah SWT mengatakan mereka itu pekak, bisu dan buta. Kalau orang itu buta dan bisu tidak boleh diambil untuk kira bicara begitulah juga kalau orang itu tuli dan bisu, apa lagi kalau ketiga-tiga kecacatan itu terdapat pada diri seseorang itu.

Allah SWT mengatakan orang yang tidak mahu menerima pengajaran daripada orang yang mendakwahkannya sebagaimana orang kafir yang diajak oleh Nabi Muhammad s.a.w mereka tidak menerima seruan baginda walau apa yang didakwahkannya adalah betul dan sesuai dengan akal manusia.

Mereka gemar mendengar ucapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi apabila Nabi memberitahu tentang Islam, mereka menolaknya mentah-mentah lalu Allah SWT menyatakan bahawa mereka itu pekak, bisu dan buta maka mereka itu tidak berakal kerana tidak menggunakan akal yang diberi oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman! makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya." (Surah al-Baqarah ayat 172)

Setelah ALLAH SWT menyatakan tentang betapa perlunya kepatuhan terhadap hukum Allah SWT da apa yang dinyatakan Allah itulah yang baik dan yang lain daripada itu adalah tidak baik.

Manakala syaitan sentiasa menipu kita supaya kita sentiasa melakukan sesuatu yang tidak baik yang diharamkan oleh Allah SWT, di dalam ayat ini Allah SWT berfirman berhubung dengan suatu perkara yang amat penting di dalam kehidupan manusia iaitu dalam masalah makan dan minum mereka.

Makan dan minum adalah sifat tabii manusia

Persoalan makan dan minum adalah suatu tabii manusia yang dijadikan oleh Allah. Kalau ada yang berkata ada manusia yang tidak makan, itu adalah suatu kenyataan yang tidak benar kerana tidak makan dan minum bukan sifat manusia. Kalau makhluk itu manusia, dia mesti makan dan minum. Allah SWT telah mengetahui semasa Dia mahu menjadikan manusia itu bahawa mereka mesti makan dan minum untuk teruskan kehidupan.

Kalau kita baca dalam kitab Tasuwuf,ia ada menyebut umpamanya terdapat manusia yang tidak berhajat kepada makan dan minum, iaitu semuanya tidak betul kecuali yang diwaridkan (yang didatangkan) pada saat diberi pertolongan oleh Allah SWT.

Umpamanya pada saat ketika dikepung, tidak ada makanan sebagaimana yang berlaku pada zaman fitnah dajjal yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. Pada zaman itu tidak ada makanan dan minuman melainkan apa yang ada pada Dajjal. Ada antara orang yang beriman yang menjadi makanannya, ketika itu ialah zikir dan tasbih mengingati Allah SWT. Makanan rohani inilah yang memberi kekuatan kepada jasmaninya.

Ini berlaku di luar daripada keadaan biasa (itu adalah luar biasa) di mana keadaan biasanya manusia mesti makan kerana Nabi sendiri pun makan. Takkanlah manusia yang lain lebih hebat daripada Nabi s.a.w. Oleh kerana makan dan minum itu suatu benda yang mustahak di dalam kehidupan manusia, maka Allah SWT menyebut tentang hukum-hakam berhubung dengannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Makanlah kamu daripada barang-barang yang baik yang telah Kami rezeki kepada kamu." (Al-Baqarah ayat 172)

Di mana ayat ini menjadi hujah kepada orang yang menyatakan beberapa jenis binatang yang diharamkan yang tidak disebut di dalam al-Quran.

Sebabnya berdasarkan kepada Ijtihad, ada di kalangan ulama mengatakan sesuatu yang diharamkan ialah apa yang disebut dalam al-Quran sahaja seperti bangkai, darah, daging babi (tidak termasuk lemak dan darah binatang itu dan lain-lain).

Oleh kerana itu ada yang berpendapat tulang babi adalah halal iaitu golongan az-Zahiriyyah (golongan yang berpegang keada zahir ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w sahaja).

Umpamanya bagi mereka, bukan sahaja telur penyu boleh dimakan, bahkan penyu itu sendiri juga boleh dimakan. Ulama' mazhab Maliki umpamanya memberi pendapat bahawa daging harimau dan buaya adalah makhruh kerana tidak berapa sedap untuk dimakan.

Mereka memberi pendapat demikian kerana tidak ada ayat yang menjelaskan secara terang-terangan bahawa daging harimau, buaya dan seumpamanya sebagai haram.

Cukuplah dengan dasar-dasar umum yang ada iaitu apa yang baik itulah yang dihalalkan oleh Allah SWT dan apa yang tidak baik itulah perkara yang diharamkan oleh-Nya.

Antara benda yang tidak baik ialah apa yang dijelaskan di dalam hadis (walaupun menjadi pertikaian di kalangan ulama) iaitu binatang-binatang yang menggunakan kuku dan paruhnya untuk merobek bangkai yang menjadi sumber makanannya.

Binatang-binatang tersebut adalah haram dimakan mengikut mazhab Imam Syafie kerana cara binatang tersebut makan adalah amat keji dan kotor. Begitulah juga dalam perkara-perkara lain.
---
Dinukil daripada buku Kuliyyah, Tafsir "Tauhid Rububiyyah dan Ulluhiyyah', terbitan Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999

Isnin, 15 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1431H

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh,

Kepada sekelian kaum muslimin, khususnya kepada Seluruh Ahli PAS dan PR di DUN KUALA KETIL, saya dan keluarga juga warga PKWR N32 mengucapkan taqabbalaLah minna wa minkum bersempena dengan kedatangan hariraya Adha kali ini.

Semoga kita menghayati pengorbanan para anbiya, para auliya dan semua perjuang agama Allah ini di sepanjang zaman. Semoga kita dilimpahi Allah semangat perjuangan yang tidak akan luntur atau pudar disebabkan ujian dunia yang menimpa. Kepada Allah segala pujian, semoga dikurniakan kepada kita semua keikhlasan dalam iman dan amal.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, walilahi al-Hamd.

YB CIKGU MD ZUKI YUSOF

Rabu, 10 November 2010

Kedah belanja RM2 juta bantu mangsa banjir

ALOR SETAR, 11 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah membelanjakan hampir RM2 juta bagi membantu mangsa banjir yang terlibat dalam bencana yang menimpa negeri Kedah baru-baru ini.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada sidang media di sini semalam.

Menurut beliau lagi sumbangan bagi mangsa banjir tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi penyediaan segala bentuk keperluan seperti makanan dan seumpamanya.

"Selain dari bantuan tersebut, tenaga kerja dan logistik turut disediakan bagi membantu banjir yang berpindah ke tempat perpindahan. Namun begitu bagi mereka yang tidak berpindah kemungkinan bantuan dalam bentuk lain akan dipertimbangkan.

"Sebelum ini adanya dakwaan mangsa banjir yang tidak menerima bantuan datangnya dari mereka yang enggan berpindah ke pusat pemindahan yang telah ditetapkan, " katanya lagi.

Azizan juga berkata, sehingga semalam jumlah mangsa banjir yang telah pulang ke rumah adalah seramai 45,583 mangsa yang terdiri dari 11,840 keluarga.

Manakala seramai 12,185 mangsa yang terdiri dari 3181 keluarga masih lagi ditempatkan di 23 buah pusat pemindahan.

Katanya lagi antara pusat pemindahan yang telah ditutup ialah dalam daerah Padang Terap, Pokok Sena dan Pendang.

Sementara itu 11 pusat pemindahan di Kubang Pasu dan 12 di Kota Setar masih lagi beroperasi sehingga keadaan dipastikan selamat sebelum mangsa banjir dibenarkan pulang kerumah masing-masing.

Beliau juga menyelar Kerajaan Pusat yang cuba mempolitikkan isu bantuan kepada mangsa banjir apabila mendakwa kerajaan negeri tidak mampu untuk menyalurkan sumbangkan kepada mangsa yang terlibat.

"Sebenarnya kita tidak pernah memohon bantuan dari Kerajaan Pusat bagi membantu mangsa banjir di negeri ini. Kita hanya meminta bantuan dari Perak. Manakala Pulau Pinang dan Selangor pula menawarkan bantuan yang berupakan minuman dan bekalan air bersih.

"Perak menyalurkan bantuan yang berupa logistik, lori tangki serta 120 sukarelawan bagi membantu melicinkan perjalanan membantu mangsa banjir. Kita juga berterima kasih kepada mereka kerana sanggup untuk mengenepikan perbezaan fahaman ideologi demi kemanusiaan, " ujarnya lagi

-harakahdaily-

Azizan Bidas Muhyiddin

Azizan Bidas Muhyiddin - TPM patut datang awal nie tidak dah 7 hari baru nak sampai.

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana lewat melawat mangsa banjir yang disifatkan terburuk pernah berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, sebagai pemimpin nombor dua, sepatutnya Muhyiddin tiba lebih awal untuk meninjau nasib penduduk Kedah, termasuk melawat bilik operasi banjir negeri untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini. “Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” katanya sebelum memulakan konvoi melawat mangsa banjir ke lima pusat penempatan sekitar daerah Kota Setar dan Anak Bukit.

Lima pusat penempatan banjir itu ialah Sekolah Wawasan Taman Aman, Sekolah Kebangsaan (SK) Sematang Gunong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, SK Seberang Nyonya dan Kuarters Polis Taman Derga Jaya.

Mengulas kenyataan Muhyiddin kelmarin, kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat, Azizan berkata, itu dakwaan tidak berasas kerana semua agensi bawah Kerajaan Negeri termasuk Pusat bekerjasama dengan baik mena-ngani bencana ini. “Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung,” katanya. Azizan berkata, kenyataan itu hanya berdasarkan laporan pemimpin UMNO yang sengaja mahu mencetuskan isu, sebaliknya Muhyiddin tidak ke lokasi yang betul bagi mendapatkan maklumat tepat.

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus kononnya setiap mangsa banjir akan memperoleh RM500 seorang, Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menjanjikan bantuan seperti itu, seeloknya dirujuk kepada Pusat mengenai dakwaan tersebut “Rujuklah kepada Kerajaan Pusat, mungkin mereka yang mahu beri. Kita cuma sampaikan bantuan secara keseluruhan,” katanya

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN